Sunday, August 10, 2008

Taaruf Zulkafli b Abd Razak ( Zul Kechik )

Assalaamualaikum dan salam sejahtera.

Nama saya Zulkafli bin Abd Razak but they call me 'Zul Kecik' sebab ada 5 orang Zul di PPSB pada masa itu dan saya ni yang kecik sekali diantara lima orang tu....agar tidak bertukar...Zul Gemok (Zulkifli Ahmad-maintenace), Zul Panjang(Dzulkifli Ijab?-maintenance), Zul Putek(Zulkifli Lab), Zul Jebeng (Zul Warehouse)

Masih tinggal di rumah panjang/teres projek arwah dato' sulong dulu;-

Lot 692 No. 12 Jalan Melati, Kg. Baru
24300 Kerteh
Terengganu

Isteri - Che Hasmah
Anak 1 - Muhammad, Tahun 2 di TATIUC - Diploma Electronic & Instrumentation Automation.
Anak 2 - Luqman Hakim, Tahun 1 di TATIUC - Diploma Mechatronic
Anak 3 - Shafura, SRP tahun ni.
Anak 4 - Maisarah, Tingkatan 1.
Anak 5 - Humaira, Darjah 4

Mula keluar PPTSB pada 31 Mar 1998 menyertai team BP PETRONAS Acetlys Sdn Bhd. JVco dengan BP (70%) dan Petronas (30%) as secondee. Setelah 4 tahun dengan BPPA mereka membuat tawaran menyertainya tetapi masih 'loyalty' dengan Petronas saya ke GPP56 selama 2.5 tahun mulai 1 May 2001.

Pada 1 Apr 2005 saya bertugas di Terminal Ekspot (Ekspot Terminal dikenali ET) di Kemaman SSupply Base selama 2.5 tahun.

Pada 01.09.2007 saya bertugas di GPPA selama 10 bulan sebagai Shift Support masih dalam jabatan operasi.

Kini mulai bertugas di GPP56 bahagian Utiliti pula dulu proses. Haaa gitulah sikit sebanyak perjalan setakat bersama dengan Petronas ni....oooo yaaa kat Polyethylene bertugas sekejap sementara BPPA tu siap.

Tu pasal lambat keluar Taaruf ni, sibuk pindah randah, kena belajar lagi....senok doh otok ni.....tengok ahhh jadual perjalanan dengan Petronas kalu nak jelas lagi dibawah tu.

Peristiwa di PPSB banyak weiiiii,-

1. Terjatuh kedalam CPI (Corugated Plate Interceptor). Pada petang tu bawa nissan stanza g buat skimming slop oil, oleh kerana skimmer tu berat maka masuk keatas beam dan menolak bar besi tapi bar tu tergelincir lantas hilang keseimbangan lalu terjatuh. Keseorangan pulak tu fikir dulu macamana nak naik tinggi tu, radio dah kena minyak, dalam minyak tak boleh berenang density rendah....berpaut pada floating......berjaya naik terus keshower tanggal semua pakaian opppssss underwear tak, terus berlari ke Marin Office buat repot. Kereta stanza tinggal di sana, masa tu RSS Nazaruddin Jantan dan Peter Permentier.

2. Selepas makan gulai kawah majlis kenduri rumah W Rosli, keesokkannya ramai kena cirit beret, arwah Maniya, Mat Anah dan Ramli golok...yang bestnya Ramli golok tak tahan sampai ke Marine building lantas hempas basikal terus kat paip tangki D919 (Fuel Oil Tank) dan D920 (Kerosene). Mat Anah kena kat kapal pasal pada masa tu ada loading.

3. Berperang Fire water dengan Sabudin bidol, Omar giler.......

4. Tercuri telur penyu...semasa buat gauging nampak penyu naik, ambil jerlah....

5. Pasal cerita hantu memang banyak...Rozi Hussin memang penakut kalu sorang mampus tak pergi kat tangki disel D916.

6. Naik kombi, ada wayang gambar sebulan sekali kat perumahan. ahhh banyak lah nak cerita cukup setakat ni dulu......

Pencen dalam 10 tahun lebih lagi masih fikir apa benda nak buat......retirement program belum pergi lagi....

ok stakat ni dah berjela-jela kalau saya menulis.....saya doakan kepada semua semuga sehat walfiat dan di berkati Allah selalu dan dijauhi segala mara bahaya.

09.10.1982 MRC/PPSB
Oil Movement Operator
Boiler & Utilities Operator
Senior Operator
Lead/Panel Operator (P &U)

BP PETRONAS Acetyls Sdn Bhd
1998 - 2001 Operations Supervisor
Manufacturing/Process

PETRONAS Gas Bhd
GPPB - Process Shift Supervisor
Export Terminal - Shift Supervisor
GPPA - Shift Support (SS)
NOW GPP B -Utility Shift Supervisor

PLEASE KEEP IN TOUCH EACH OTHERS

'TOGETHER AS ONE' BECAUSE 'WE ARE ONE FAMILY'

Sekian Wassalam

Zul Kecik
+6 013-9709028 do not hesitate ring me.

No comments: