Friday, March 25, 2011

APA ANDA TAHU PEMBEDAHAN CEASAREAN

Seorang rakan wanita anak yang pertama melakukan pembedahan caeserean, walaupun peringkat awal ia juga dapat merasakan bagaimana kesakitan, namun kerana fakta usia dan akhirnya bersetuju melakukannya. Namun satu kajian terbaru menunjukan kadar kematian di
sebabkan pembedahan secara caesereans menunjukan kadar kematian adalah tiga kali daripada wanita yang melahirkan anak secara biasa. Ini meliputi pembedahan yang dilakukan secara elektif dan emergency. Ini bukan kerana yang berpenyakit sedia ada tetapi tapi kebanyakan
jangkitan kuman, darah beku dan komplikasi yang disebabkan oleh nesthesia. Walaupun di Malaysia adalah rendah tapi adalah membimbangkan.
Berkongsi pengalaman seorang rakan yang sama untuk melahirkan anak Yang kedua kebetulan due date tidak jauh dengan tarikh anak pertama, jadi beliau telah buat appointment dengan doctor agar melakukan pembedahan pada tarikh yang sama dengan anak yang pertama. Akan
tetapi sebelum tarikh tiba beliau telah ada tanda-tanda untuk melahirkan namun tiada kesakitan yang dirasakan. Sehari dimasukan ke hospital yang mana menurut pemeriksaan doctor yang mana bayi didapati telah pun membuang nijis di dalam. Pembedahan dilakukan dengan segera untuk mengelak jangkitan kuman.
Apa yang dapat kita perhatikan adakah kelahiran caserean secara elektif adalah suatu alternatif yang selamat menggantikan kelahiran biasa vaginal delivery?. Peningkatan secara begini semakin meningkat berikutan penumbuhan banyak pusat perubatan swasta. Ini juga bukan
berarti melakukan pembedahan ini adalah bukan sekadar untuk menyelamatkan ibu dan anak, tetapi kerana kebimbangan ibu tidak dapat menahan sakit ketika melahirkan juga bimbang akan mendapat masalah pelvic yang rumit dikemudian hari. Seperti pelvic organ rolapse. Malah ada juga yang membuat pilihan kerana mahu tarikh kelahiran anak yang cantik dan pelbagai lagi alasan yang tidak munasabah.
Terdapat banyak kesan hasil dari pembedahan ini. Bagi wanita yang bercadang untuk melakukan pembedahan caserean secara elektif haruslah mengetahui risiko prosedur dan juga risiko pada bayi setelah lahirkan nanti. Risikonya adalah tinggi berbanding dengan kelahiran
bayi secara biasa (apa risikontanya?). Tapi dalam kes-kes kehamilan yang bermasalah pembedahan ini mungkin dapat menyelamatkan bayi. Jadi berhati-hatilah walaupun di-Malaysia kadar kematian dan komplikasi ibu dan bayi yang rendah. Boleh percayakah risikonya sedangkan ramai yang okay.

No comments: