Thursday, January 11, 2024

Yahya Mohd Talib Kerahmatullah 11/1/2023


 

ALOR GAJAH - Seorang warga emas maut selepas kereta dipandu bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah di sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa, Yahya Mohd Talip, 69, yang memandu kereta Proton Saga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada seluruh anggota badan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad berkata, mangsa yang beralamat di Taman Desa Taming Sari, Sungai Udang dalam perjalanan dari arah Sungai Udang menghala ke Masjid Tanah.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 30 tahun dan dinaiki tiga penumpang, dipercayai telah mengekori rapat kereta mangsa.

Katanya, lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori itu bagaimanapun tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang kenderaan terbabit.

"Akibat pelanggaran itu kenderaan mangsa telah memasuki ke laluan bertentangan sebelum dilanggar oleh sebuah lori jenis Hino yang dipandu lelaki berusia 28 tahun.

"Mangsa yang meninggal dunia telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat, manakala pemandu berusia 30 tahun itu mengalami luka di bahagian bibir dan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, kesemua kenderaan yang terlibat telah dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Friday, December 22, 2023

M Nasir B Jusoh - Al-Fatihah.

 Kerahmatullah pada usia 64 tahun pada 22 Dec 2023 (9 Jamadil Akhir 1445H) Jam 1315. Solat jenazah di Masjid Hadhari, Paka selepas solat asar dan di  semadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbung, Paka.

Semuga Allah ampuninya dan limpahi rahmatNya keatas roh Allayarham. Insya Allah. Aaminn.

Allahyarham








Friday, February 17, 2023

Wan Ali bin Wan Abdullah Kerahmatullah 17 Feb 2023 - Al-Fatihah

Arwah dulu di PDB bottling/TTLR di PPTSB. إنَّا للهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ Untuk makluman semua Wan Ali bin Wan Abdullah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari ini Jumaat, 17 Februari 2023 bersamaan 26 Rejab 1444 Hijrah pada usia 69 tahun 3 bulan. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya pada xxxxx jam xxxx dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20 pada xxxx Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Thursday, February 9, 2023

Aziz Shafie Dan Onn Kadir Kerahmatullah

Aziz Shafie pada 4/2/2023 Dan Onn 9/2/2023. Semuga Allah Ampuninya dan Tempatkan Bersama Para Solehin. Al-Fatihah.