Saturday, June 25, 2011

Tn Hj A Razak PP(M)SB


Osama ada kat PPMSB...masih hidup!!!!! Wajah terbaru A. Razak

Thursday, June 9, 2011

Keuntungan pracukai Petronas cecah RM67 bilion, naik 34.5 peratus

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Petronas melihat perolehan dan keuntungan yang
lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong
kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi
produk utamanya di celah-celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh
sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata
perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada
RM210.8 bilion.

Keuntungan pracukai meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion
daripada RM67.3 bilion sebelum ini, demikian menurut laporan Bernama
Online.

Syarikat minyak negara itu mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Harga yang lebih tinggi dan permintaan rancak menyebabkan prestasi
yang lebih tinggi bagi semua perniagaan teras, kata naib presiden
eksekutif kewangan Petronas Datuk George Ratilal.

“Prestasi Petronas sendiri juga selaras dengan pesaing kami,
menunjukkan satu tahun lagi prestasi berdaya tahan kumpulan,” katanya.

Beliau berkata perolehan kasar meningkat 12.9 peratus dengan
perniagaan hiliran menjadi penyumbang perolehan terbesar pada 42.4
peratus daripada jumlah perolehan kasar.

Tunai daripada operasi adalah RM70.8 bilion berbanding RM56.1 bilion
tahun lepas, satu peningkatan 26.2 peratus berikutan perolehan yang
lebih baik.

Sejumlah RM34.9 bilion pada perbelanjaan modal digunakan kebanyakannya
kepada merancakkan aktiviti eksplorasi dan pengeluaran dan meneruskan
usaha-usaha lain.

Dalaam pada itu, Petronas sedang mengkaji untuk menetapkan jumlah
dividen yang akan dibayar kepada kerajaan pada kadar 30 peratus
daripada keuntungan bersih mulai tahun kewangan 2013.

“Ini menjadikannya sesuatu yang agak pasti dan boleh dijangkakan,”
kata Naib Presiden eksekutif Kewangannya, Datuk George Ratilal.

“Petronas telah berbincang dengan kerajaan dan telah mencapai
persefahaman tentang perkara ini,” katanya kepada pemberita pada
pengumuman keputusan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac
lalu.

Syarikat minyak nasional itu mengisytiharkan pembayaran dividen
sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan bagi tahun berkenaan.

Petronas juga membayar dividen yang serupa kepada kerajaan bagi tahun
kewangan berakhir 31 Mac, 2010.