Saturday, August 28, 2010

DULU-DULU DAN KINI

Laluan paip PGB merentasi jalan ke Hutan Lipur Menderu, Kg. Cabang, Kerteh.
LPT
Antara kemudahan di Hutan Lipur Menderu di sediakan oleh Petronas.




Kawasan hutan tempat perkhemahan semasa latihan rekrut Rejimen 512 askar wataniah pada tahun 1996. Setelah road show oleh Kol. Kamaruddin Kachai pada masa itu didewan PP(T)SB dihadiri kakitangan anak-anak syarikat Petronas sekitar Kerteh. Maka seramai kira-kira 120 orang telah mendaftar untuk menyertainya.
Hutan Lipur Menderu melalui dusun buah-buahan tapi sayang dulu ketika latihan bukannya musim buah.
Jalan ke Hutan Lipur Menderu telah rosak akibat banjir dan laluan lori balak.
LPT melintasi laluan ke Menderu
Anak sungai tempat kena rendam dipagi hari setelah tamat latihan serang hendap.
Dari kiri; Ltm Zanaruddin, Ltm Shamsul, Ltm Ayob, Ltm Wan Nazurin dan AO Tuan Rosdi
Siap sedia untuk menerima pakai pangkat pegawai di padan kawat BN3 Kem Bukit Kuang, Bukit Kuang, Kemaman.
Pemakaian pangkat Ltm Zanarudin oleh Tim. Komander Rej 512 AW di Kem Bukit Kuang, Kemaman

Zulkafli bersama anjing perang German Shepard.
Tim. Komander Rej. 512 Hj Rosli bersara di BN1 Padang Midin, Kuala Terengganu.
Pemakaian pangkat kepada pengurus besar PWPT Lt. Kol. (K) Tn Hj Jamaluddin di Markas Kompeni C Rantau Petronas.

No comments: