Sunday, January 25, 2009

2 Tahniah - En Yaacob b Chik & Pn Hjh Juniwati bt Rahmat Hussain

Gambar Wani Wendy Wong Kahwin Dengan Yacob Chik
Selamat pengantin baru kepada Wani Wendy Wong Kahwin yang telah selamat diijabkabulkan dengan bisnesman, Yacob Chik yang berusia 58 tahun. Cinta itu buta dan cinta tidak mengenal usia. Tahniah Wani Wendy Wong!

‘Wani’ Wendy Selamat Diijabkabulkan Dengan Ahli Perniagaan Oleh WAHIDA ASRANI
Setelah hampir dua bulan memeluk Islam, pelakon dan penerbit Wendy Wong atau nama Islamnya, Wani Wendy Wong Abdullah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Yacob Chik, 58, di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, di sini, semalam. Hanya sekali lafaz, pasangan tersebut sah bergelar suami isteri setelah tiga tahun menyulam cinta. Mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Wendy yang kini selesa disapa Wani menerima mas kahwin RM80 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki antaranya sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran yang mempunyai terjemahan di dalam bahasa Mandarin. Namun, tiada wang hantaran diberikan oleh pihak lelaki atas permintaan Wani. Wani kini sah bergelar isteri kepada Yacob.

Pihak pengantin pula perempuan pula membalas sebanyak tujuh dulang hantaran antaranya jam tangan, minyak wangi, dompet dan kerusi urut jenama Ogawa. Majlis bersejarah pasangan mempelai itu telah dihadiri oleh kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Antara rakan artis yang hadir ialah penulis lirik Habsah Hassan, Louisa Chong, Rubiah Suparman dan Ahmad Tarmimi Siregar.
Kerusi urut ‘Ogawa’ hadiah istimewa Wani.

Sebaik dinikahkah kira-kira pada pukul 3.45 petang, pasangan tersebut terus mengadakan majlis persandingan di tempat yang sama. Ketika ditemui selepas majlis tersebut, Wani melahirkan rasa bersyukur setelah hubungan cinta mereka yang terjalin itu berakhir dengan ikatan perkahwinan.

Sambil mengakui dirinya tertarik dengan sifat prihatin Yacob, kata Wani, suaminya itu juga adalah salah seorang yang banyak mengajarnya tentang agama Islam. “Dia melamar saya selepas Hari Raya tahun lalu. Pada awalnya, saya sendiri tidak tahu untuk buat keputusan apatah lagi ramai kawan mengatakan dia terlalu tua untuk saya. Tetapi, hati saya terbuka untuk dia kerana dia berjaya membuatkan hati saya cukup tersentuh di dalam banyak perkara. Tetapi, pada masa yang sama saya juga agak risau setelah memikirkan keturunan saya yang menghidap penyakit genetik kanser. Saya tanyakan padanya, adakah dia sanggup kahwin dengan saya jika saya juga disahkan menghidap penyakit kanser. Tetapi jawapannya cukup ikhlas dan dia beritahu saya semua itu ditentukan oleh Allah dan dia rela menjaga saya sampai bila-bila. Saya terus membuat pemeriksaan kesihatan selepas itu dan akhirnya laporan menunjukkan kesihatan saya cukup baik. Selepas itu baru saya yakin untuk menerima lamaran dia dan rancang untuk majlis perkahwinan kami,” kata Wani yang gembira berjaya menamatkan zaman bujangnya meskipun sudah berusia 40an.

Ditanya destinasi bulan madu pilihannya, kata Wendy, dia dan suami akan ke Barcelona, Sepanyol untuk menaiki ‘cruise’ menjelajah beberapa perairan Eropah seperti Morocco dan akan berada di sana selama tiga minggu. “Lepas pulang dari bulan madu, saya dan suami akan berangkat mengerjakan umrah pada 15 Mac depan,” kata Wani. Wani telah memeluk agama Islam pada 28 November lalu di rumah Habsah Hassan bertempat di Taman Tun Dr. Ismail. Dalam pada itu, ‘tea ceremony’, satu adat yang mengikut tradisi Cina akan turut dilakukan oleh pasangan ini esok secara tertutup.

Ini merupakan perkahwinan pertama Wani tetapi yang kedua buat Yacob setelah bercerai 10 tahun yang lalu. Yacob mempunyai tiga orang anak perempuan hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya. ,
ANNOUNCEMENT
I am pleased to announce that the Board of PETRONAS has approved the appointment of Puan Juniwati Rahmat Hussin as Vice President. The appointment of Puan Juniwati, currently the CEO of DFP will take effect from 1 March 2009 .

Puan Juniwati will also become members of the Management Committee with effect from the same date.Puan Juniwati will head the Education Division with effect from 1 March 2009. On behalf of the Management, I would like to congratulate Puan Juniwati on their appointments and look forward to their contribution.

Tan Sri Mohd Hassan Marican
President and CEO
PETRONAS
22 January 2009

No comments: