Thursday, October 9, 2008

Taaruf Che Daud B Mamat pada hari persaraannya

From: Che Daud B Mamat (HRM/PPTSB)
Sent: Thursday, October 09, 2008 9:59 AM
To: {PPTSB_Staff1}; {PPTSB_Staff2}; {PPTSB_Staff3}
Subject: SELAMAT TINGGAL

Hari ini adalah hari terakhir saya dengan Petronas dan PPTSB (bersara wajib) setelah saya berkhidmat selama 26 tahun 1 bulan 9 hari dan saya mohon ampun dan kemaafan sekiranya ada tersalah kata berbicara, tersalah sindir menyindir, makan dan minum sepanjang saya bersama sama tuan puan.


Sesungguhnya saya berasa amat sedih bercampur gembiran untuk meninggalkan rakan taulan apatah lagi tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya selama ini. Semua itu sudah menjadi darah daging saya dan kenangan yang terindah. Sedih pilu, suka duka semuanya akan saya ingati dan menjadikan diri saya sentiasa bersyukur.



Sesungguhnya kehidupan adalah lumrah hidup dan sentiasa penuh dengan cabaran dan dugaan. Bagi mereka yang tabah dan cekal sahaja yang akan dapat mengharunginya. Kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kita merupakan amanah dan hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas. Dan jadikanlah kerja itu sebagai ibadah.



Sebelum saya melangkah keluar buat kali terakhir saya akan tinggalkan sedikit kenanganku bersama mu yang saya ilhamkan. Kenangan ini dituju khas untuk kakitangan yang baru .


NOSTALGIA PETRONAS PENAPISAN TERENGGANU

Maka bermulalah satu alkisah di awal tahun 1980......... satu projek mega yang dimiliki oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang tidak terlintas dihati sanubari anak negeri Terengganu Darul Iman, rata-rata anak Terengganu tidak kenal apa itu Petronas?. Ketika itu tapak projek dihiasi dengan pepohon kelapa yang sudah lanjut usianya, yang tidak lagi memberi sebarang hasil hanya sekadar dapat melihat dari jauh, juga diselang seli dengan pokok gelang yang tidak berfaedah. Tempat ini juga dijadikan tempat latihan askar melayu diRaja Malaysia (PDRM) dan salah satu tempat yang paling sukar untuk bergerak kerana keadaan muka bumi yang tidak rata. Harga tanah ketika itu sekitar RM 300.00/ekar, pun begitu masih susah untuk dijual al maklumlah tiada hasil yang dapat diperolehi diatas tanah dan tidak tergambar difikiran penduduk satu ketika nanti akan jadi kawasan industri yang popular.

Dengan bermulanya projek PETRONAS penduduk disekitar kawasan ini mula merasai, menikmati faedah dan pekerjaan serta bertambahlah hasil pendapatan yang selama ini bergantung hidup dengan hasil nelayan dan selepas projek PETRONAS dimulakan maka penduduk setempat mulai kehidupan baru, ada yang menjadi jutawan, hartawan dan jugak jutawan segera, ada jutawan hasil daripada keuntungan projek. Sebelum projek dimulakan tak banyak maklumat yang diperolehi oleh penduduk setempat dan ada yang tidak hirau dengan jawatan yang ditawarkan oleh PETRONAS ketika itu, semasa saya ditemuduga sebagai pemandu kenderaan hanya 2 orang saja anak jati Kerteh yang meluangkan masa untuk ditemuduga dan selebihnya anak Terengganu yang tinggal diluar pekan Kerteh.

Pekan Kerteh ketika itu mempunyai 3 buah kedai makan dan satu bangunan pejabat Pos, Balai Raya yang diperbuat daripada kayu.

KAKITANGAN YANG TERLIBAT DALAM PROJEK


1. Yusuff Daud (kini tidak dapat dikesan )
2. Wan Yusuff Wan Hamad (kini bersama HHWE/MSE Pasir Gudang)
3. Othman Jaafar (Bersara 23/10/07 di PPTSB)
4. Apandi Othman (Sudah bersara, kerja Swasta)
5. Mohd Yatim Hassan (kini bersama MLNG)
6. Adnan ........... (tidak dapat dikesan)
7. Sabirin Selamat (tidak dapat dikesan)
8. Basharuddin Yasin (Bersara awal )
9. Yaacob Chik (Bersara 2006 )
10. DLL


PEMANDU PEMANDU YANG TERLIBAT SEMASA PROJEK
1. Zulkifli Atan (kini bersama dengan KRO)
2. A Rani .......... ( bersara Feb./ 2008)
3. Tawang Mat Zain (bersara awal)
4. Che Daud Mamat (masih bersama PPTSB/bersara pada 09.10.2008)


Dua tahun kemudian wujudlah satu kilang penapis minyak PETRONAS pertama di Malaysia yang dikenali dengan nama MALAYSIA REFINING CO. (MRC) nama tersebut kekal hanya dua tahun dan Pada 17 Disember 1982 pihak pengurusan telah menukar nama dari MRC kepada PETRONAS PENAPISAN SDN BHD dan ketika itu purata anak melayu yang baru mengenali kilang minyak telah ditunjuk ajar oleh kakitangan Caltex. Setiap hari kakitangan akan diangkut dari komplek perumahan Fasa 1 ke tempat kerja dengan 3 buah Comby WAK 311, WAK 321 dan WAK 3112.

Setelah kilang siap dan mula beroperasi awal tahun 1983 orang pertama yang bertanggungjawab ialah En Abu Zarim Malik selaku Pengurus Loji bersama dengan kakitangan Caltex dan dibantu oleh beberapa orang pengurus. Keupayaan Loji ketika itu hanya dapat mengeluarkan 30 ribu tong/hari.

BERIKUT ADALAH NAMA NAMA PENGURUS PERTAMA


1. Pengurus Kewangan & Perjawatan En. Onn Anton
2. Pegawai Perjawatan En. Zaharan Mat Alipiah
3. Pengurus Operasi En. Baharuddin Che Isa
4. Pengurus Teknikal Datuk A Rahim Hj Hashim
5. Pengurus Senggaraan En. Ahmad Azdhar Kasmuni

Ketua Eksekutif En Muri Mohammad ( Pej. K.Lumpur)

Apabila kerajaan Malaysia telah setuju membina satu lagi Loji Penapisan di Melaka maka PPSB sekali lagi bertukar nama kepada : -

PETRONAS PENAPISAN ( TERENGGANU) SDN BHD


Pada 8 Oktober 1983 PP(T)SB dirasmikan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu (Sultan Mahmud )

PENGURUS PENGURUS SUMBER TENAGA MANUSIA
BERMULA NOVEMBER 1982 - 2008


1. En Onn Anton : - Pengurus bersama jabatan kewangan & PSTM
2. En. Sulaman Nasir (Bersama DRB HICOM)
3. En. Mohd Noor A.Rahman (CEO Kolej Bestari Setiu)
4. En. Zaharan Mat Alipiah (HRM KL)
5. En. A Rahman Yusof (BERSARA)
6. En. A. Jalil Hj. Taib (HRM KL)
7. En. Zulkifle Bhaitawi (BERSARA)
8. En. Nik Rahim Nik Yahya (MTBE Kuantan)
9. En. Wan Hasnan (Petronas Carigali K.Lumpur)
10. En A. Kahar Jumat (Sekarang)


SAMBUTAN 25 TAHUN PP(T)SB
TANGGAL 28 MARCH 2007 PPTSB TELAH MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 25 DENGAN BESAR BESARAN DAN KETIKA ITU HANYA TINGGAL 38 ORANG SAJA YANG MASIH SETIA DENGAN PPTSB, MAJLIS TERSEBUT BERTEMAKAN “JASA MU DIKENAG BUDI MU DIHARGAI”.

MAJLIS TERSEBUT DISERIKAN OLEH BEBERAPA ARTIS JEMPUTAN SEPERTI FAIZAL AF4 SERTA PELAKON DAN PELAWAK TERKENAL SABRI YUNUS, JUGA TIDAK KETINGGALAN KUMPULAN DIKIR BARAT SRI PENAPISAN DIKETUAI OLEH CHE DAUD DAN KUMPULAN SENI KEBUDAYAAN NEGERI TERENGGANU.

DIANTARA TETAMU VVIP YANG HADIR IALAH DATUK ANUAR AHMAD TIMBALAN PRESIDENT OIL BUSSINES SERTA MD/CEO YANG TERDAHULU DAN KETUA KETUA JABATAN ANAK SYARIKAT PETRONAS SEKITAR KAWASAN KERTEH SERTA AHLI KELUARGA PPTSB SERAMAI 1200 ORANG.



AKTIVITI KAKITANGAN PPTSB
Tahun pertama pihak pengurusan telah mengadakan HARI TERBUKA LOJI yang mana semua kakitangan dan keluarga serta penduduk setempat dijemput hadir melawat sekitar kawasan Loji dengan menaiki Bas yang disewa khas sementara disebelah malamnya pula diadakan JAMUAN MAKAN MALAM di hotel TANJUNG JARA BEACH RESORT yang tersohor ketika itu dengan pelbagai acara hiburan dan tarian.


MISTERY DRIVE
Pada 18 Sept.1986 pihak pengurusan telah merestui bagi mengadakan MISTERY DRIVE bermula di Dewan perumahan petronas fasa 11 Kerteh dan berakhir ditempat yang sama. Bayaran pendaftaran hanya RM 10.00 / kereta ( 4 orang ) purata kakitangan masih bujang.
Mystery Drive diperkenalkan oleh Nazaruddin Jantan serta dibantu oleh Zaharan Mat Alipiah dan Che Daud Mamat.
Tahun kedua pihak pengajur Mistery Drive telah menerima satu piala pusingan daripada Abu Zarim Abdul Malek RM 250.00 (pengurus Loji ketika itu)
Kini Mistery Drive telah menjadi acara yang menarik dan telah membuka satu lembaran baru kepada semua warga PPTSB dan warga petronas sekitar kawasan Kerteh.

DAM AJI
10 Ogos 1987 pula satu lagi aktiviti sukan tradisional DAM AJI telah diperkenalkan, ini hanyalah semata mata untuk melepaskan penat lelah kakitangan yang bekerja siang dan malam. Peruntukan pertandingan ketika itu RM 270.00 termasuk hadiah dan makan minum.


DIKIR BARAT
Tahun 1995 tercetusnya satu idea oleh Wan Rosli Wan Mohamad
Pegawai Perhubungan PSTM sebagai ketua kumpulan dan dengan rasminya kumpulan Dikir Barat Sri Penapisan telah ditubuhkan dan persembahan pertama kumpulan ini diadakan bagi jamuan makan malam PPSB, dan 4 tahun kemudian kumpulan ini terkubur buat seketika dan pada tahun 1998 dihidup semula oleh En.Azami Abdullah sebagai Pengurus dan Che Daud Mamat sebagai ketua kumpulan.

Kumpulan Dikir Barat Sri Penapisan sering kali menerima jemputan dari luar untuk mengadakan persembahan, diantaranya ialah daripada Petronas Wilayah Pantai Timur, Petronas Carigali, INSTEP, Petronas Dagangan, Kelab Desa, Public Bank (Hotel Astana Kuantan) Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menyambut Le Tour Langkawi dan pertandingan persembahan karnival Petronas di Bangi dan menjadi JOHAN persembahan Karnival sukan Petronas Bangi 2004.

Kelab Desa Rantau Petronas pernah mengambil kumpulan kami menjadikan satu daya tarikan untuk pelanganya pada malam (Wednesday special nihgt) selama setahun .

Sekian .

No comments: