Sunday, March 30, 2008

STRANDED




1983 TERKANDAS 52KM DARI KL KETIKA BALIK DARI KL KURSUS INDUKSI. NASIB BAIK HASSAN (AHCHONG) TAHU BAIKKI TALI KIPAS TERSANGKUT.
Duduk cacang dari kiri;
Kamsin Roman, Razak Mat Rashid, Razak, Zubir Yaakub dan Razak Mohd.
Duduk dari Kanan;
Mustaffa @ Yaakob Ibrahim (Muskob) dan Zulkafli (Zul Kecik)

Friday, March 28, 2008

AKU BERSAMA PETRONAS


AKU BERSAMA PETRONAS

19 sept 1982 (Umur kira-kira 19 Tahun)

Ketika itu aku bekerja sambilan sebagai pembantu di Sofinaz Restoran Jalam Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Aku tengok iklan dalam akbar sebagai jawatan operator tapi tidak tahu operator apa sangkaan operator telefonlah, lalu memohon. Akhirnya surat jawapan sukacita untuk menjalani ujian IQ di pejabat Petronas, Ladang, Kuala Terenganu.

Pada hari ujian mereka yang lulus akan ditemudugakan. Berdebar juga dan lega apabila nama dipanggil. Waktu temuduga ditetapkan pada sebelah petang. Terdapat dua bilik disediakan, sambil menunggu seorang rakan baru iaitu Sidek Tawang menegur dan bersalaman.

Apabila nama dipanggil aku terus masuk dan memberi salam kepada empat orang kakitangan Petronas yang di tugaskan menemuduga aku. Mereka ialah En. Zaharan M. Alipiah, En. Zamri Abu, Siti Aisyah kalau tidak silap dan seorang lagi tidak ingat tapi pada masa itu tidak kenal lagi mereka semua.

Bermacam-macam soalan diajukan oleh mereka termasuk soalan yang menduga akal penuh dengan muslihat dan dijawab dengan tenang. Soalan dari En. Zaharan yang masih diingati ialah ‘bolehkah memanjat pokok kelapa’?

Pada lusanya En. Zaharan dan beberapa orang lagi penemuduga datang makan tengahari ditempat aku bekerja dan masih mengenaliku sambil tersenyum. Setelah seminggu tiada surat diterima seperti diberitahu semasa temuduga samada berjaya atau tidak. Sebulan berlalu surat sukacita diterima dan tarikh akhirnya hanya seminggu. Maka kelam kabut fotostat sijil-sijil dan foto pun tampal dengan nasi saja pada borang yang dikirimkan serta borang untuk pemeriksaan kesihatan.

Pemeriksaan dibuat di Klinik Zakaria. Sedang menunggu nama di panggil tiba-tiba datang seorang lelaki dengan motosikal butir nangka (Honda CB)untuk menjalani pemeriksaan lantas menegurku, beliau ialah Hamzah Mat Hassan. Beliau mempelawa aku menumpangnya menaikki motosikal ke Hospital Besar Kuala Terengganu untuk menjalani pemeriksaan x-ray.

Ketika menunggu keputusan x-ray dua orang lelaki berkacamata hitam, salah seorangnya berbaju kemeja oren datang untuk mengambil keputusan x-ray. Salah seorang memperkenalkan dirinya Azam (Mat Anah Endut) dan seorang lagi Yoon Awang. Setelah berkenalan beliau mempelawa aku ke Kerteh waktu melapur diri bersamanya dengan menumpang kereta Yoon. Sangkaan keputusan x-ray siap pada masa itu, disuruh datang kembali pada esok hari.

Pada hari melapur diri tanggal 19hb. September 1982 selepas subuh kawan aku menghantar ke rumah Mat Anah di Kampung Tok Jiring (dah cari sebelum pergi). Dengan menumpang kereta sepupunya Zaki kerumah Yoon di Kampung Pulau Rusa. Dari Pulau Rusa ke Kampung Gong Tok Nasek mengambil seorang lagi rakan mereka yang akan melapur diri juga iaitu W Rosli. Dalam perjalanan kami berbincang untuk mencari rumah sewa atau tidur dihotel sementara waktu.

Setiba di Kerteh terus masuk Fasa 1 dan mendapati telah ramai orang melapurkan diri di kantin pejabat. Ada yang bertanyakan saya datang menghantar abang melapur diri maklumlah badan kecil. Setelah semua selesai kami dibahagikan dan tempatkan di Perumahan Petronas, Fasa 1 No. C4, Lorong 2. Fasa 2 masih dalam pembinaan dan Fasa 3 masih hutan. Keesokkannya kami dibawa menaikki kombi Wolksvegan ke Ban Bumiputra, Dungun untuk membuka akaun. Drebar masa itu Mohd Awang, Pakcik Yon dan rakan-rakannya (sekadar menyebut beberapa nama).

Makan minum beli kedai Pak Da ditepi pagar. Ramai juga mereka yang asyik kekedai Pak Da tu kerana disitu ada bunga. Hiduplah kami di C4 yang berpenghuni seramai 16 orang macam hospital. Makan minum di kantin. Wayang gambar diadakan sebulan sekali di bilik carigali. Hari minggu kalau tak balik kampong pergi ke Kuantan.

Dalam surat tawaran tu Jawatan Oil Movement Operator masih tak tau apa benda jawatan tu. Masa tu pass kerja MRC (Malaysia Refining Company). Kelas adalah dikantin, disurau dan akhirnya di bangunan Pentadbiran setelah beberapa kali berpindah. Aku masa tu terpaksa membeli sebuah kamus ‘Collin’ kerana masih kabur bahasa inggeris ni maklumlah aliran melayu. ‘Mat Salleh’ cakap pun antara faham dengan tidak kerana lorat yang berbeza seperti lorat Australia, British dan Belgium berbeza bunyinya. Maklumlah tenaga pengajar dari Syarikat Caltex. Kalau Ken Spratt cakap susahnya aku nak faham, apabila orang lain ketawa aku masih berfikir nak terjemah dalam kepala.

Semasa kelas dalam surau dudk sebelah meyebelah antara Operator Proses dan Operator Pemindahan Minyak. Suatu hari datanglah ‘Head Operator’ dan ‘Operation Manager’ baru balik menjalani latihan di Batangas, Filipina memperkenalkan diri, mereka ialah Mohd Hashim (arwah), BCI dan lain-lainnya. Giliran BCI bercakap ia mengatakan kerja kilang ni ‘kacang je’ maka lekatlah manager kacang diantara kami. Masa itu perintisnya kalau tak silap 70 orang termasuk bahagian pentadbiran. Gaji pokok RM495.00.

Peristiwa ni masih ingat lagi Sidek Tawang memberi hadiah kepada Maimunah katanya ada orang beri yang mengandungi ‘grinding dics’ yang besar. Semasa dalam kelas pagi dan petang menjalani peperiksaan. Pagi diberi buku ‘pilot series’ petangnya ujian. Petang diberi buku esok paginya ujian selama 3 bulan jugak belajar teori. Keputusannya boleh dikatakan baik semua maklumlah kami ni ‘intelligent’ very good networking.

Pada masa kami belajar kerja-kerja pembinaan logi berharga RM270 juta oleh Toyo Engineering masih rancak berjalan. Masuk bulan keempat kami diarahkan membuat ‘line tracing’dan dikehendakki melukis dalam kelas. Semasa line tracing ni susah nak bertegur sapa pasal nanti hilang punca kena mula dari awal. Ada satu ketika aku tak dapat nak terangkan dalam bahasa inggeris apa perlu di lakukan jika seseorang terbakar, maka aku lukis kartun saja dan ‘fire blanket’ tak sangka mendapat markah penuh yang diberikan oleh Peter Permentier.

Setelah enam bulan, logi akan ‘commisioning’. Masing-masing ditempat dikawasan masing-masing. Penerimaan minyak mentah pertama dari kapal melalui SPM, setelah siap TCOT barulah melalui saluran paip. Kerja kawasan ‘Marin Office’ ni bila musim penyu apa lagi naik diatas tangki D916, 914, 912, 919 dan 920 melihat jejak-jejak penyu kalau ada. Terambil telur penyu tu adalah…..satu masa tu tuan punya pemajak dating dengan senapang kerana telur penyunya hilang. Kami tidaklah tahu ada pemajak denagn Jabatan Perikanan nasib baik kawan saya tu tak kena tembak.

Sekitar logi yang masih dalam pembinaan ialah TCOT dan Carigali (Sludge Catcher). Kawasan PGB tu masih lagi ladang kelapa. Tenaga pengajar tinggal di kabin ditapak TNB dan Ethylene sekarang.

PPSB pada masa mula-mula dibuka mempunyai 37 biji tangki. Peristiwa tak dapat dilupakan ialah terjatuh keseorangan di dalam CPI semasa ‘skimming slop oil’. Mujur umur masih panjang dapat panjat dinding yang tinggi tu dan terus menanggal pakaian yang tinggal hanyalah spenda saja petang tu dan terus ke shower berhampiran. Setelah it uterus berlari balik ke Marine Office tinggal kereta Nissan Stanza disitu. Mandi bersih diri selama sejam di Yard Office dan buat lapuran kepada RSS masa itu Peter Permentier.

Musim pelarian Vietnam ramai juga mendarat ditepi pantai, Peter Blade RSS, Rosli Ibrahim PS dan rakan-rakan memberi bantuan dengan memberi air minuman dan membuat lapuran polis Kerteh.

Lagi satu peristiwa tak dapat di lupakan ‘air chamber metering skid’patah dan berlaku kebocoran diesel yang sedang buat penghantaran ke kapal. Aku dan Tan Say Kwee bermandikan diesel menutup MOV yang gagal berfungsi

Macam-macam peristiwa di saksikan semasa berada di PPTSB seperti kebakaran dilaut semasa pertukaran floating hose, tangki diesel D933 ‘overflow,’mengajar Ramli golok memandu pickup, nasib baik tak masuk dalam bio-pond. Aku suruh tekan brek dia tekan minyak lantas aku tarik hand brake. Tok guru aku belajar pick up ialah Sulaiman Ismail kini di MTBE Port Kuantan . Member yang paling panakut kalau kerja malam ialah Rozi Husin kini di Port PFK balik Kedah, kalau sorang diri mampus tak pergi kawasan tangki D916. PS aku masa di Oil Movement ialah arwah Mohd Hashim dan Mohd Yunus Mohd Yusof kini di INSTEP. Geng syif aku ialah Mat Anah, Shamsudin Jusoh, Sulaiman Ismail dan Rozi Husin pada mulanya kalau tak silap.

Yang paling berat sekali ialah bila ada kapal loading fuel oil (LSWR) kerana kena buat line flushing dan tank valve (injap tangki D919) saiz 30 inci dan berat, ianya mengambil masa 15 hingga 20 minit non stop kalau buka seorang diri kerana tiada MOV. Pernah kerja dua orang saja aku dan Ramli Abdullah semasa loading fuel oil kerana PS pada masa tu Nordin Seman tak mahu panggil orang buat kerja lebih masa. Aku dengan Ramli buat flushing, fuel oil line displacement, gauging hinggalah mula loading.

Ada pulak sidia tu buat draining reformate sampai mampus ikan-ikan dalam bio-pond, kena bersih pulak.

Setelah empat tahun kami berpindah ke Dorm 232 Fasa 3 baru siap. Aku sebilik dengan Husin black (maaf gelaran glamour masa tu). Razaki Muda dengan W Rosli, Kamsin dengan Zubir, Sulaiman denagn Ramli dan seterusnya. Kami kongsi memasak. Kalau kerja malam bila bangun nak makan tengok ikan masak kicap dah tau siapa yang memasak hari tu ialah Sidek, kalau ikan goreng Husin black, Aku masak ikan singgang jer. Ada ker Razaki Muda memasak telur asyik kacau macam gulai ikan. Ketika pembersihan ‘fire water tank’ banyak ikan tilapia dibawa balik lalu disimpam dalam peti di Dorm 232 Fasa 3. Apa bila hendak memasak keesokkannya dapati hilang…bukan kena curi, Sidek buang dalam tong pasal bau hanyir. Lucunya.

1 Jan 1986 (Umur kira-kira 23 Tahun)

Masa tenang ketiadaan kapal inisiatif aku ialah belajar ‘Dandang dan Kemudahan’ (B & U) akhirnya aku sertai proses setelah empat tahun di Marine (Oil Movement). Semasa jadi operator B & U saat paling teruk ialah pikul garam 25kg untuk ‘regent softener’ dan regent Demineralizer Plant kerana mengangkat Sulfrik Acid 98% kepekatan.

1 Jul 1990 (Umur kira-kira 27 Tahun)

Senior Process and Utility Operator dua tahun dan CRU dua tahun. Biasanya E1109 selalu aja terbakar kat ‘floating head’ semasa starting up. Maaf hampir lupa tag nombornya. Jangan-jangan nombor Packinox.

Satu hari semasa starting up aku ternampak Azman (Man kuda kini PPMSB) dan mengikuti dari belakang menuju ke kawasan compressor tiba-tiba menghilang. Cari sekeliling dan sekitarnya tidak ada tapi tak kisahlah mungkin dia ketempat lain. Apabila aku sampai ketempat relau (furnace) aku bertanyakan dia cepatnya dia kesini. Apa yang dijawab olehnya dia tidak kemana-mana sejam dah disitu mengawal furnace, jadi siapakah dia yang aku ikuti tadi? Peristiwa ini tidak diberitahu bimbang kawan-kawan lain tidak pergi mengambil bacaan peralatan dalam logi.

1 Jul 1994 (Umur kira-kira 31 Tahun)

Akhirnya aku jadi Lead/Panel @ Steelman (Prosess and Utility). Semasa diproses bermacam kemalangan yang disaksikan seperti Furnace Explosion, Boiler Explosion, Underground sewer caught fire during pipe cutting. P102A terbakar, clorine container explosion dan macam-macam tapi Alhamdulillah tiada kematian atau kecederaan teruk berlaku.

Dulu kerja tiga pusingan syif selama lima hari Pagi masuk jam 0730 – 1530 dan rehat dua hari, petang 1530 – 2330 rahat sehari dan malam 2330 – 0730 rehat tiga hari. Semasa nak tukar tiga syif ke dua syif seperti kini ramai juga tak setuju tapi bila dah cuba rasa seronok pula. Bila hari rehat kalau tak balik kampung mulalah rancang melancung kenegeri di semenanjung.

Dan banyak lagi kenangan di PPSB yang kalau nak tulis boleh jadi novel ni.
1982 MRC
1983 PPSB
1985 PP(TSB) masa ni PP(M)SB dah mula dibina.

1 April 1998 – 31 Sep 2001 Aku mulai melangkah keluar menyertai BPPA (BP PETRONAS Acetyls Sdn Bhd), ketika ini Aromatic plant dalam pembinaan.

1 May 2001 Mulai menyertai PGB kerana LOYALTY dengan Petronas walaupun BPPA menawarkan sebanyak dua kali dan gaji lebih tinggi. Selama dua tahun setengah di logi GPP56 pergi pula ke Export Terminal (ET) teringat pula semasa di seksyen OMS PPTSB pasal ada kapal tapi di sini tak adalah buat g’gauging atau ambil ullaging’. Setelah dua tahun setengah di ET berpindah ke logi PGB, Kerteh. Semasa lakaran ini ditulis sbaru lapan bulan berada di PGB Kerteh dipanggil pula bertugas di PGB 56, Tok Arun Paka mungkin bulan April 2008 nanti.

Oh ya pasal apa orang panggil saya Zul Kecik? Kerana ramai sangat nama Zul, ada Zul Gemuk (Zulkifli Ahmad kini dah pencen masih kontrak Ethylene, Zul Panjang (Zulkifli Ijab-Tinggi-pasir gudang), Zul Putek (Kini di VCM) dan Zul Jebeng (Jambang) agar tidak terkeliru.

Harap maaf seandainya tulisan ini terdapat perkataan yang tidak menyenangkan tidak bermaksud menguris perasaan anda hanaya sekadar mengimbau kenangan. Banyak lagi kenagan yang nakal-nakal yang rasanya tidak perlu ditulisan. Kalau cerita hantu memang banyak sampai pagi baru pergi ambil 'reading' pun ada, rusa masuk dalam pagar PPSB, pak Omar dapat, terambil telur penyu........

Tahun ini umur aku telah mencecah 45 tahun dan tahun ini Anugerah 25 Tahun bersama PETRONAS, InsyaAllah kita jumpa disana. Akhir kata semuaga semua sehat walafiat dan di rahmati Allah selalu. Kepada rakan-rakan yang telah pergi buat selamanya semuga Allah mencucuri RahmatNya keatas roh beliau.

Wassalam.

Yang benar
Zulkafli bin Abd Razak
Lot 692 No.12 Jalan Melati
Kampung Baru
24300 Kerteh
Terengganu Darul Iman
Malaysia

Sekian nukilan dari aku ‘They Call Me Zul Kecik’-email zackrazz@yahoo.com

+6 013-9709028
17 Sept 2010 = 08 Syawwal 1431H -Updated

Monday, March 17, 2008

Reply to Ruslina

Ina, tahniah... akhirnya berjaya juga hantar message kat blog ni.

salam pada pioneer semua dari saya, Ruslina Mohd Lazim

Seronok dapat tau ada blog ni. Tak sangka masih ramai pioneer yang setia di sana. Harap dapat buat reunion, tentu happening. Salam dari saya pada semua yang masih mengingati, Ruslina Mohd Lazim.

Sunday, March 16, 2008

Salam pada ppsb82pioneers.

Seronok bila dapat tau ada blog ppsb82pioneers. Terkenang kisah dolu2, masa saya mula jejak kaki di tapak ppsb, tak silap 1981, belum ada apa2 lagi. Site ofis dinding papan je. Pergi ofis tak boleh pakai kasut tumit tinggi, sbb jalan berpasir. Sekarang ni, nampak meriah sekali di sana. Tak sangka ramai lagi pioneer masih ada sana. Salam pada pioneer yang masih mengingati saya, Ruslina Mohd Lazim.

Friday, March 14, 2008

Dear my colleague,

Mengapakah aku baru tau ini semuaaa?? tidakkkkkkk!! perkataan merupakan JARUM SULIT kristian...didalam bahasa Arab bermaksud " fi hafzil baba" manakala dlm bahasa Malaysia bermaksud di bwh naungan pope(paderi) . beritahu kepada semua shbt2 kita semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org lain. wassalam. Wallahualam. ..Sebaik2nya gantikan perkataan BYE tersebut kepada Assalamualaikum . .. Kerana sesungguhnya Islam yangdiwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SWT itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman... Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya barat... (Budaya orang kafir laknat Nauzubillah. ..)

Monday, March 10, 2008

INDUCTION COURSE


INDUCTION COURSE AT KLIH FEB 1983 sent by Zul Kecik

INDUCTION COURSE


INDUCTION COURSE AT KLIH FEB 1983

Sunday, March 9, 2008

Kenangang masa dulu Part 2 - hj mang

Asslamulaikum wr wb
Sayaa joint ppsb 1 Dec 1982. hari tu hari rabu. Dalam surat offer OMS Fo, dalam medical letter Inst Tech. Saya fikir mana aku tau OMS Fo tu bende, semasa jumpa En Zaharan pagi tu, saya kata saya nak masuk inst sebab saya dok tau mende ape itu OMS.
Gilah ke inst w/shop & reinterview oleh Alan Hartley (budak2 inst panggil dia Mat Kongfu - sebab dia ada sideburn macam cina kongfu). Masa tu yang ada di Inst Amir Azhar, Sazali Mohd & Idris Sulaiman shj (Husin Kadir & Fadzil A Rahim masih berada di Kongsberg Finland). Orang putih inst Les Frank (kami panggil dia Mat Perang), Trevor Francis (kami panggil dia Mat Kontot), ada juga Me Lee & Mr Robin dari Yokogawa. Kadang2 Piere Cohen (hok bining dia mek siam tu0 mari w/shop kerana dia pong Inst. Mas tu saya difahamkan Inst Supv (Rashid) telah kembali smula ke Shell PD kerana dapat reoffer.Lepas interview tu, Zak (hj) bawak lah ana gi tengok rumah C4 fasa 2, pergi bank Dungun, pergi tengok klinik Ahmad (depan bank bumi) naik kombi (wah bagus sungguh pgawai petronas ning, bisik hari saya).
Masa tu hari khamis & jumaat dok kerja. Petang tu dengan Nazari (hj), Sidek, Zul Kecik, Razaki dan beberapa orang lain panjatlah bus Tong Eik warna merah balik smula ke Tganung. Kawang2 smasa di rumah C4 Muskob, Ahmad Shahroh (hj), Husin Mohd, Sidek, Nordin Seman, Razaki, Zainuddin A Rahman (mickey - dia ada motor besar), Jasmari & Zul Kecik.
Bermulalah kehidupan diPPSB. Kalu pagi2 gi kelas semua pakat nak naik van kombi yang paling last, kalu balik pakat2 brebut nak balik awal skali. Ada skali tu masa nok gi kerja lalu sapa Labohan napok rima tunggu anaok dia kena langgar di tepi jalan dekat bukit, kecut perok jugak.Makan pagi kadang2 di kantin fasa2, kadang2 dikedai dalam resang (tuan punya kedai skarang isteri Ramli Ibrahim). Masa tu budak2 puang Roslina Mt Lazim, Zuraidah, Zaini, Maimunah, tu saja yang saya ingat.
Kalu hujung bulang nak ambil gaji pakai buku, sampai di bank bumi dungun dia orang pakai rekod kertas besar, pakat tupang Pok Ya Ismail ke, Mat Cikgu ke, Ayah Wan Crane ke, kerana mereka saja pada masa tu ada kereta selain Yong Awang.

wassalam
hj mang - nanti saya crita lagi.

Thursday, March 6, 2008

SELEPAS MYSTERY DRIVE


Sedang Menunggu Keputusan Mystery Drive. Pembuat soalannya Nazarudin Jantan. Foto ni diambil di bangunan Tadika Petronas. Yang bestnya soalan dijalan Bandar D (Kini Seri Bandi)..Soalannya 'What name the plant'...kawasan tu ladang kelapa sawit. Adalah satu kilang kelapa sawit Panji Alam. Atok (Ghani Mat Zin) Kini di Instep, oleh kerana milleage keretanya lari.....adalah satu pokok...jawablah POKOK KETAPANG. Masa tu soalan bahasa orang putih. Haaaa haaaaaa. Sent by Zul Kecik.

D SHIFT 1987




This photo taken by Mr Rahim 'anok ulor' during night shift using Polaroid camera. PS is Mokhtar and RSS is Uncle Sani.

  • Duduk dari kiri Zulkafli Abd. Razak (They Call Me Zul Kecik) & Wan Rosli Wan Nong (Pok Leh)
  • Berdiri dari kiri Moktar Mohd (Moktar bos), Azmi Baki, Amir Saip, Mohtar Omar (Bonzer) & M Sani Ali (Uncle Sani).

Wednesday, March 5, 2008

Kisah Dulu2 Part 1 by Hj Kamsin b Roman

Masih kah kau ingat ?

dikala musim tengkujoh……….hujan turun tak henti-henti
kita bersama-sama mengpump air keluar dari tangki

sambil menahan perut yang lapar……….tapi kerja dengan penoh sabar
penatnya tak peri………tapi alhamdulillah dapat makan free

hok ada isteri boleh balik gie……..hok tak dok bini dok lah gigit jari
hujan dok reti nak henti-henti…….bas panjang gie balik mari

operator oil movement sampai berenang ambil simple minyok
technician Lab kata …..dah lah tu simple dah banyok

hok bujang sampai angkut kain baju tidor kat loji
hok ada bini……..dok makan tidor dari malam sampai ke tengahhari

Pok cik kantin juga yang untong
apa tak nya…….member dapat rokok free lepas seputong - seputong
makan tulis aje dalam buku……sampai kencing berak dok tentu waktu

sejok ketou – ketou………..tapi kerja penoh sabor
masih kah kau ingat itu semua ? ………kawan-kawan

setiap kali hujan turun dengan lebat kemudian renyai renyai……..
kenangan itu pasti datang menabat dan pergi sambil melambai-lambai…..

pecayalah kawan-kawan ku semua dihati ini dok sesaat pon akan melupakan
yang di panggil “ kawan dan kenangan “


Kamsin Roman
MSB, GPP 5&6
Petronas Gas Berhad
09 - 831 5637
019 - 953 0813

PPSB 82 LIST OF MEMBERS

SENARAI PERINTIS PPTSB ERA 80AN. (PPTSB, PDB, SECURITY, HSE etc)

Aasimudin bin Shamaan
(mula-mula start keje PPSB di Planning & Scheduling,Project Eng TSD)
A Aziz B A Rahman (06-3522254, 013-6528186)
Aziz - crane driver
A Galim B Omar Baki
A Ghani B Mat Zin/PROCESS_LAB/INSTEP/,
A Jalil Hassan – Finance?
A Latif B Muntajameah/RPD/PPTSB/Petronas, alatif_muntajameah@petronas.com.my
A Latif Sharif - mat.w/house pakai spek,
A Mubin B Muda, mubinm@petronas.com.my
A Pattah B Ghazali/FIN/PPTSB/Petronas, pattahghazali@petronas.com.my
A Rahman bin ?– HR Mgr ppsb dulu org K. Brang
A Rahim B Hj Hashim - Dato'
A Rahim B Saleh
A Rahman B Jusoh/RPD/PPTSB/Petronas, rahmaju@petronas.com.my
A Rahman (Pokman Drebar)
A Razak B Mohd
A Zulkiflee B Ahmad/MTCE/EPEMSB/Petronas, zulkiah@petronas.com.my
Abdul Malek B Kussin/OPM/MTBE/, maleku@petronas.com.my
Abdullah B Bakar/CEFS/PETH/, Abdullah_bakar@petronas.com.my
Abdullah B Idris/HRM/PPTSB/Petronas (drebar)
Abdullah B Mohd/MNT/PPTSB/, abdullahmohd@petronas.com.my
Abdullah - Security ke Bomba, suami Shamsiah
Abu Zarim bin Abd. Malek?-CEO
Ahmad – PS power plant
Ahmad Nazari Electrical – MECIP, Kerteh, nazari@mecipglobal.com.my, nazari@mecip.com.my
Ahmad Manaf - PDB hok telepong sokmo mintok start pump supply LPG ke TTLR
Alias b Abu Bakar– IR Ingersorand Maint. aliasbakar@petronas.com.my
Amir Azhar B Ahmad/MTN/MTBE/Petronas, amiraa@petronas.com.my
Amir B Din/PCSB/, amir_din@petronas.com.my
Amir B Saip/OPP/MTBE/, amir.saip@petronas.com.my
Amran B Sapuan/KED/PDB/Petronas, amransapuan@petronas.com.my
Amran B Sarif/MSD/PPTSB/Petronas, amrans@petronas.com.my
Anuddin B Wan Ramli/OPP/MTBE/,, anuddinraml@petronas.com.my
Apandi B Salleh/RPD/PPTSB/, apandisalleh@petronas.com.my
Apandi Osman
Arshad – Kini Perlis Power Plant.
Arifin (Pok pin drebar)
Azhar Kasmunin – dulu maint. Mgr
Aziz – UTP, Tronoh. Dulu planner kat PPTSB. abazizom@gmail.com
Aziz - crane driver
Azmi – Abg Azmi w/house. Kini supplier s/part.
Azmi B Ahmad/MTN/MTBE/, azmi_ahmad@petronas.com.my
Azmi B Azhar/RPD/PPTSB/, azmiazhar@petronas.com.my
Azmi B Kasim/PRD/PDB/, (019-4755885. 735 Tmn. Senangin Kelang Lama 0900 Kulim, Kedah) azmi_kasim@petronas.com.my
Azmi B M Baki/OPP/MTBE/, azmibk@petronas.com.my
Bahalan B Mohd/MNT/PPTSB/Petronas, bahalanmohd@petronas.com.my
Baharudin Baba, BB
Baharudin B Kamarudin/OPP/MTBE/, baharudin_kamarudin@petronas.com.my
Baharudin B Man/MTN/MTBE/Petronas, retired (013-9223072),
Baharuddin B C Isa/ENG/PMLSB/Petronas, retired (6087411211),
Baharuddin B Mohamad, Qatar Loading Master,
Bidin Goning - Electrician at Tioxide Kemanan
Che Hassan B Harun/MEO/PDB/Petronas, achong, hasanh@petronas.com.my
Che Husin b Che Muhamad – Mcm Raj Kapoor tu Kini Tioxide Kemaman che_hussin@huntsman.com
C Wan Kamaruddin - mtn Civil
Deva Dass AL Vengadasalam/CEFS/PETH/Petronas, devadass@petronas.com.my
Dzulkifeli B Ijab/TOD/PGB/, dzulkifeli@petronas.com.my
Fahmi b Zahid – PPTSB bos HSE dulu?
Faezah Omar - mek Hj Zubir Yaakob
Farizah – Kamal Hj Kasim wife
Fadil Instrument- Tioxide now Saudi Arabia.
Ghazali B Haron/HRMA/PASB/Petronas, ghazaliharon@petronas.com.my
Hamzah B Abdullah/CEFS/PETH/, hamzah_abdullah@petronas.com.my
Hamzah B Mat Hassan/MTCE/EPEMSB/, hamzah.mat@petronas.com.my
Harun Pin – suami Puan Juni
Hashim - Bomba ke PPMSB
Hashim - mtn Civil
Hashim drebar
Hussin B Mohd/APD/PPTSB/, husinm@petronas.com.my
Husin Kadir – Dulu Instrument kini di Johor?
Idris B Sulaiman/TOD/PGB/, idris_sulaiman@petronas.com.my
Idris - Sec. hok bawok terbabas fire truck airport...
Ismail B Ibrahim B/HSE_IPC/VCMSB/Petronas, ismaili@petronas.com.my
Ismail Kg Cabang Kerteh - mtn Civil
Jaafar B Ahmad/RPD/PPTSB/,, jaafarahmad@petronas.com.my
Jaafar - mtn Civil
Jamaludin B Arsad/TOD/PGB/, jamaludin_d@petronas.com.my
Janis – Selalu pakai singlet merah dulu?
Jasmari B Ahmad/MTCE/EPEMSB/, jasmari@petronas.com.my
Jasmi B Baharudin/SOL/MITCO/Petronas, jasmi_baharudin@petronas.com.my
Juniwati Bt Rahmat Hussin/CEO/DFP&MPO/, juni@petronas.com.my
Kamsin B Roman/POD/PGB/, (019-9530813), kamsin.roman@petronas.com.my
Kamil - Security (batch Dollah,Yusof pendek dll).
Kamsani – Bos Security
Lim See Wah - Chinese Kerteh tu ??? – PPSB tukar ke KL80an lagi.
M Akhir B A Rashid/Partner/TSD/PETH/, akhirr@petronas.com.my
M Alias - Lab.ke PRSS
M Bakar – Electrician at Tioxide
M Basri Othman – lepas pptsb g carigali.
M Khalil – resign
M Khaidir - Sec ke Bomba
M Sham – Maint. benti doh.
M Sabry Auto – Kini Instep Bt Rakit.
Mohd Nor Basar – MECIP, Shah Alam office
M Anah B Endut/APD/PPTSB/, anah@petronas.com.my
M Azmi B Marzuki/POD/PGB/, mazmi.marzuki@petronas.com.my
M Hanafiah B M Tom/PROD/PPMSB/, mhanafiah_mtom@petronas.com.my
M Hussin B Shaari/KPD/PFK/, mhussin_shaari@petronas.com.my
M Naguib B Mahfodz/CEO_HQ/GDC/Petronas, naguib@petronas.com.my
M Nasir B Jusoh/PMO/PCSB/, mnasir.jusoh@petronas.com.my
M Nordin B Seman/HSE/PPTSB/, (012-9878784), Nordin_seman@petronas.com.my
M Pauzi B Awang/LEARNING_SUPPORT/INSTEP/, mohdpauzi@petronas.com.my
M Ramli B Selamat, finance retired
M Rozi B Husain/KPD/PFK/Petronas, mrozi_husain@petronas.com.my
M Sabri B M Dani/HRM/INSTEP/Petronas, sabrid@petronas.com.my
M Sani B M Ali, retired , business DAMAI PANTAI HOMESTAY TELUK LIPAT DUNGUN,
M Sani - mtn Civil
M Sidek B Tawang/APD/PPTSB/, sidekt@petronas.com.my
M Suhaimi B Daud/RPD/PPTSB/, (019-9150821), msuhaimi_daud@petronas.com.my
M Yatim B Hassan/CONSULTANCY_SERVICES/INSTEP/Petronas, myatimhassan@petronas.com.my
M Yusof B Norbat/MNT/PPTSB/Petronas,
M Yunus B M Yusuf/HSE/INSTEP/, myy@petronas.com.my (09-6682323, 019-9366552)
M Yusoff B Rithwan/TOD/PGB/, yusoffrithwan@petronas.com.my
M Yusof Gazee, mygazee@gmail.com
M Zamri b Nordin. Dulu maint. Kini MNI Temerloh.
Mazlan M Nor – Budak Melaka. Inst PPTSB ke Tioxide
Md.Kamal bin Hj Kasim, mkamalk@irmb.com.my (019-7575256, 07-2387698 ofis)
Mahmud Fauzi B Alias/APD/PPTSB/, mahmudfauzi@petronas.com.my
Maimunah Bt Muda (HRM/EPEMSB), maimunahmudamaimunahmuda@petronas.com.my (019-9869647),
Marzuki B Ali retired contract with PPTSB (0199434226)
Mat Rashid B Mustaffa/RPD/PPTSB/, rashimumaimunahmuda@petronas.com.my
Mazlan Razak – Lan Temerloh. Behenti thn 2000.KL (012-3231741)
Mat Zin – Drebar Kren Pencen dah
Mior Sazali B Meor Herah/HSE/MTBE/Petronas, miorsazali.meor@petronas.com.my
Mohtar B Omar/PECTRL/EPEMSB/, mohtar.omar@petronas.com.my
Mohd M Nor - mat Cikgu,
Mohtarum Bomba - benti doh.
M Yassin - lab
Mohammad Abdullah – Dulu proses joint TNB
Muhamad B Sulong/RPD/PPTSB/, muhamsu@petronas.com.my
Mukhtar B Mohd/RPD/PPTSB/, mukhtar@petronas.com.my
Mukhtarizan B A Hamid/MNT/PPTSB/, mukhtarizan_ahamid@petronas.com.my
Mustafa Kamal B Ghazali/RPD/PPTSB/, kamalghazali@petronas.com.my
Mustafa Kamal (Bob) - retired
Mustafa @ Yaakob b Ibrahim – Muskob-PETRA
Nazaruddin B Jantan/PM/OGPT/, nazaraj@petronas.com.my
Nazri Bomba –CEFS pencen balik Kedah.
Noor Hayati Bt M Nordin (MDCEO/PMTSB), hayatinordin@petronas.com.my
Nor Hayati Bt Mohd (HRM/PDB), hayatma@petronas.com.my
Omar B Ismail/APD/PPTSB/, omaris@petronas.com.my
Omar b Tahir – Omar rigger, MAR Enterprise
Othman B Botok/KED/PDB/, othmanbotok@petronas.com.my
Rahmat B Masrom/MSD/PPTSB/, rahmatmasrom@petronas.com.my
Ramli B Abdullah/RPD/PPTSB/, ramliabdullah@petronas.com.my
Ramli B Awang/HSE/MTBE/Petronas, ramli.awang@petronas.com.my
Ramli B Che Mee/BLV/PDB/,
Ramli B Harun/RPD/PPTSB/, 013-9227554, ramlih@petronas.com.my
Ramli B Ibrahim/MNT/PPTSB/Petronas, ramliibrahim@petronas.com.my
Rashid B Muda/HRM/PPTSB/, rashidmuda@petronas.com.my
Razak b Mat Salleh - MTBE
Razak Rashid
Razaki b Muda, razaki@inkaten.com (019-9503321)
Rohaya Bt Othman/MSD/PPTSB/, rohayaothman@petronas.com.my
Roslan b Ismail, roslan@se1.bp.com, (Le Kelate GM BP PETRONAS Acetyls – Kerteh)
Rosnani Bt Mokhtar/POD/PGB/, (petronet 09 8312033), rosnani_mokhtar@petronas.com.my
Roslina M lazim - steno DJ Romano/BCI asal Temerloh, berhenti kijjer KL
Rozelan B Hussin/MNT/PPTSB/Petronas, rozelan_hussin@petronas.com.my
Ruslan Mohammad/RPD/PPTSB/, ruslanmohd@petronas.com.my
S A Karim B Tuan Dalam/HRMA/PASB/, sakarim_tuandalam@petronas.com.my
Sabariah Bt Mohamad/QUL/MTBE/, (09-5856909, 012-9371939), sabariah_mohamad@petronas.com.my
Salmah – isteri Mazuki Ali Lab
Sazali Mohd - Instrument ke Putra LRT
Salleh Bomba – Yang misai lebat HSE Sudan.
Sabudin Bidol – Pencen. External Assessor with Instep
Sadli A. Rahman – Titan, Johor 013-7877871, 07-3881816.
Salim B Mohd/HSE/PPTSB/Petronas, salimohd@petronas.com.my
Saparuddin B Gani/MTD/MTBE/, saparuddin@petronas.com.my
Sazali B Hamzah/PLANTMGR/PPMSB/Petronas, sazali_hamzah@petronas.com.my
Shamsiah Bt Abu Hassan/CEO/PPMSB/, shamsia@petronas.com.my
Shahruddin A Raffar- Process Eng
Shamsuddin B Jusoh/APD/PPTSB/, Shamsuddin_j@petronas.com.my
Sulaiman B Ismail A/OPM/MTBE/, Sulaiman.ismail@petronas.com.my
Sobri Abu – pioneer Superitendant Process - Kini SUMATEC Director
Tan Say Kwee/MNT/PPTSB/Petronas, tansk@petronas.com.my
Wan Ali B Wan Abdullah/KED/PDB/Petronas, wali.wana@petronas.com.my
W Fauzi B W Mohd/ESD/PPTSB/, wanfauzi@petronas.com.my
W Razak B W Husin/MNT/PPTSB/, wrazak_whusin@petronas.com.my
W Rohatini Bt Samla/FIN/PPTSB/, wrihatini@petronas.com.my
Wan Azhar Lotfi B Wan Yusof/OPS/ABF/, wanazhar@petronas.com.my
Wan Razalee B Wan Abdullah/OPP/MTBE/, razalee@petronas.com.my
Wan Sembok – Drebar Kren Pencen
Yahya B M Talip/HSE/PPMSB/Petronas, yahyatalip@petronas.com.my
Yen Adnan, 019-6528005
Yoon Awang – Power Plant. Kontraktor elektrik.
Yusof (yusof pendek) - Sec ke PDB Prai
Yusri B Ibrahim/FIN/PPMSB/Petronas, yusrii@petronas.com.my
Zubir Salleh - TSD Inspection, Now Qatar Gas
Zaharan B Mat Alipiah retired contrat, zaharan@petronas.com.my
Zainal Sayuti - power plant kini senior manager (IT maint) di PNB HQ.
Zainuddin B A Rahman/iPerintis/PDB/Petronas,
Zainuddin B Lani/MNT/PPTSB/, zainuddin_l@petronas.com.my
Zaiton Bt Hj Othman/PROD/PPMSB/, zaitono@petronas.com.my
Zalman - Bomba, le ni di PPMSB
Zafilizan. Security
Zakaria B Baba/MNT/PPTSB/, zakariababa@petronas.com.my
Zakaria B M Ali/RPD/PPTSB/, zakaria_mali@petronas.com.my
Zakaria B Rani/MNT/PPTSB/, zakariarani@petronas.com.my
Zakariah B Yusoff/POD/PGB/, zakariahyusoff@petronas.com.my
Zaki Hj Hassan - power plant.
Zamri B Said/POD/PGB/, zamris@petronas.com.my
Zamro B Salleh/PROCESS_LAB/INSTEP/, zamro@petronas.com.my
Zoraidah (Ju)
Zubir B Yaakub/MTN/MTBE/, zubiry@petronas.com.my
Zulkafli B A Razak/POD/PGB/, zulkaflirazak@petronas.com.my They call me ‘Zul kecik’(013-9709028, 09-8312233)
Zulkifli B A Rahman A/CLAB/EPEMSB/, zulkirh@petronas.com.my (019-9368499, 09-8292707)
Zulkifli - Zul Welder

Kerahmatullah; Al-Fatihah
Mohd Hashim – PS OMS
Darus – Finance
M. Noor – Lab
Ali Jantan – Maint.
Amir – Security
A Rahman Ali – Maint. Maintenance
Abd Aziz Che Cob
Hj. Hassan M. Amin
Maniya Mohammad
Sulaiman – Kpl. Leman
Abd Aziz b A Rahman - 8/3/2009 dikebumi di Muar, Johor
Abd Rahman b Muda - pok man shift driver 10/3/2009 dikebumi d Paka


By Zulkifli b A Razak ( Zul Kecik )

Saturday, March 1, 2008

Where & Where PPSB82PIONEER

Sudah Kembali Kerahmatullah - Al fatihah

1. Mohamad b Hashim - OMS Ps - 1983

2. Mohamad Noor - Lab Tech - 1984

3. Abdul Aziz b Che Kob - Mgr Aromatic - 2001

4. Ali b Jantan - Mech Tech - 1995

5. Maniya b Mohamad - HR Clerk - 2003

6. Abdul Rahman b Ali - 2006



Menerima ujian daripada Allah (sakit)

1. Aziz @ Ngah b Yahya (Abang Aziz Crane) - angin ahmar - berada di Jalan Ustaz Omar Dungun.

2. Wan Sembak (Ayah Wan crane) - kencing manis (potong kaki) - berada di Losong K Trg.

3. Hashim b Endut (ex HRM) - angin ahmar - berada di Pulau Serai Dungun.



Masih di PP(T)SB


1. A Rahman b Jusoh (Hj)- RPD

2. A Mubin b Muda (Hj)- RPD

3. A Pattah b Ghazali - Fin

4. Abdullah b Mohd - Trng

5. Ahmad Shahroh b Bahari (Hj)- Mtce

6. Amran b Sarif - MSD


7. Bharuddin b M Ali - RPD


8. Che Daud b Mamat - HRM

9. Husin b Mohd - APD

10. Jaafar b Ahmad (Hj) - HSE

11. Mahmud Pauzi b Alias - Prod

12. Mat Anah b Endut - Prod

13. M Rashid b Mustafa - RPD

14. M Sidek b Tawang - Prod

15. Mohamad b Sulong - APD

19. M Nordin b Seman - HSE

16. M Suhaimi b Daud - RPD

17. Mukhtar b Mohd (Hj) - Prod

18. Omar b Ismail - Trng

19. Othman b Jaafar (hj) - Proj

20. M Rosdi b M Nong - OPI

21. Ramli b Ibrahim - Mtce

22. Rozelan b Husin - OPI

23. Ruslan b Mohamad - RPD

24. Salim b Mohd (hj) - HSE

25. Shamsudin b Jusoh - APD

26. Tan Say Kwee - Prod

27. Wan Rohatini b Wan Salma - Fin

28. Yahaya b Mohd - Insp

29. Zakaria b Baba (hj) - HRM

30. Zakaria b Ismail - Mtce

31. Zakaria b M Ali - Trng.

32. A Rahim b Salleh - HSE

33. Abdullah b Omar - MSD