Tuesday, January 31, 2012

Farewell - Retired

Assalamualaikum,

Pada malam Ahad (15/01/12) yang lepas telah berlangsung majlis perpisahan Tuan Haji Mukhtar Bin Mohd dan En Shamsudin bin Jusoh bertempat di pantry MCB.

Majlis yg sederhana tetapi bermakna ini berlangsung pada pukul 9 malam dgn di dipengerusi oleh En Ayem selaku ketua penganjur majlis.

Majlis dimulai dengan ucapan dari Tuan Haji Mukhtar,belia telah mula bersara pada 11/01/12 yg lalu memberi kata-kata perangsang dan peringatan kepada semua hadirin pada malam itu dan menyingkap kenangan selama 30 tahun di PPTSB.

Majlis kemudian disusuli dengan ucapan dari En Shamsudin Jusoh yang mana banyak memberi peringatan tentang peristiwa-peritiwa dan kenangan beliau selama bertugas di PPTSB ini.En Samsudin akan menamatkan khidmatnya pada 18/02/12.

Majis seterusnya adalah upacara penyerahan plate kenangan dari pada shift A yang di serahkan oleh PSM En Sidek B Tawang dan upacara pemotongan kek.

Kami disini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Mukhtar dan En Shamsudin Jusoh diatas segala pengorbanan,khidmat dan tunjuk ajar mereka sepanjang lebih kurang 30 tahun bertugas di PPTSB ini dan jasa mereka akan sentiasa kami kenang.

Semoga mereka lebih berjaya menempuh alam persaraan nanti.

Sekian terima kasih.

Hj Mukhtarizan b Abdul Hamid – Instrument Trainer juga akan bersara pada 17/2/2012

Wednesday, November 23, 2011

Y.M Raja Mohammad ex Power Plant




KEEP IN TOUCH WITH OUR COLLEAGUE LONG TIME AGO. HOPE ALL OF YOU IN GOOD HEALTH AND ALLAH BLESS YOU. AMIN

Sunday, October 30, 2011

Al-FATIHAH

Berita yang telah disampaikan oleh Hj Sabudin Bidol:
Tn Hj Baharuddin Baba telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.30mlm tadi (30hb Oct 2011). Semoga Rohnya di tempatkan bersama orang2 yang soleh. Al Fatihah....

M Naguib Mahfuz bekas k/t PPSB kini sedang dirawat di SDMC Subang.

Monday, October 24, 2011

Tuan Hj Baharuddin Baba (BB) kritikal

email dari Omar Ismail PPTSB menyatakan seperti dibawah.

Kawan-kawan,

Ingin saya maklumkan bahawa sahabat kita yang terkenal masa zaman 1980an dulu dengan nama Hj. BB adalah dalam keadaan kritikal. Mengikut lapuran sahabat kita di sana, Tn Hj. Sabudin, Hj. BB baru sahaja keluar dari hospital dan sekarang berada di rumah beliau di Port Dickson. Hj BB sudah tidak dapat mengenal pasti kawan-kawan yang melawat beliau. Dia hanya banyak berdiam diri dan memberitahu kepada kawan-kawan yang melawat bahawa beliau hendak balik. Sekiranya ada di antara kita yang ingin melawat, bersama ini disertakan alamat rumah Hj. BB. Sementara itu, marilah kita sama sama mendoakan kesejahteraan Hj BB.

Lorong Aman, Kampung Paya,

Batu 2, Jalan Seremban

Port Dickson. 012 6350 041