Wednesday, November 23, 2011

Y.M Raja Mohammad ex Power Plant




KEEP IN TOUCH WITH OUR COLLEAGUE LONG TIME AGO. HOPE ALL OF YOU IN GOOD HEALTH AND ALLAH BLESS YOU. AMIN

Sunday, October 30, 2011

Al-FATIHAH

Berita yang telah disampaikan oleh Hj Sabudin Bidol:
Tn Hj Baharuddin Baba telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.30mlm tadi (30hb Oct 2011). Semoga Rohnya di tempatkan bersama orang2 yang soleh. Al Fatihah....

M Naguib Mahfuz bekas k/t PPSB kini sedang dirawat di SDMC Subang.

Monday, October 24, 2011

Tuan Hj Baharuddin Baba (BB) kritikal

email dari Omar Ismail PPTSB menyatakan seperti dibawah.

Kawan-kawan,

Ingin saya maklumkan bahawa sahabat kita yang terkenal masa zaman 1980an dulu dengan nama Hj. BB adalah dalam keadaan kritikal. Mengikut lapuran sahabat kita di sana, Tn Hj. Sabudin, Hj. BB baru sahaja keluar dari hospital dan sekarang berada di rumah beliau di Port Dickson. Hj BB sudah tidak dapat mengenal pasti kawan-kawan yang melawat beliau. Dia hanya banyak berdiam diri dan memberitahu kepada kawan-kawan yang melawat bahawa beliau hendak balik. Sekiranya ada di antara kita yang ingin melawat, bersama ini disertakan alamat rumah Hj. BB. Sementara itu, marilah kita sama sama mendoakan kesejahteraan Hj BB.

Lorong Aman, Kampung Paya,

Batu 2, Jalan Seremban

Port Dickson. 012 6350 041

Tuesday, September 20, 2011

Power Plant 1982-1984

Kongsberg Gas Turbine di PPSB Power Plant. Masa ni TNB belum ada. Asyik trip jer bila ada kapal dan hujan ribut. Proses kelam kabut sloping product. OMS pun sibut restart G937, 936 kalau ada loading.....banyak nostalgia.

Friday, September 16, 2011

Al-Fatihah

Al-Fatihah, Sahabat kita Husin Abdul Kadir, 56tahun, Ex Instrument Technician PPTSB telah kembali ke Rahmahtullah malam tadi dan jenazahnya telah dikebumikan pada 10pagi tadi dikampungnya Teluk Kerang, Pontian Johor. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kekasih-kekasih Allah..............Amin.

DOAKAN KAWAN KITA - HUSIN KADIR

Abg Jay (Janis)

Dapat berita yang menyedihkan, Kawan baik aku masa di PPTSB dulu dalam keadaan critical, Ya Allah ya tuhan ku, moga sahabatku ini masih bisa diselamatkan.......Husin Abdul Kadir, sekarang dia berada di Hospital Besar Tun Aminah Wad Barat. Saya baru saja dapat berita petang ini. Besok Jam 12 baru bolih melawat. Tapi dia diWad ISU........Critical kata isterinya. Sakit Diabetise - Kencing manis. Sama-samalah kita doakan Ya Allah semuga dipanjang usia dan cepat sihat. Aminn.

Thursday, July 21, 2011

JEJAK BERTAPAK

Azam b Busu dan isterinya tauke kantin di Fasa 1 pada 1982 dulu. Anak dia Noni dan Rosli (arwah). Lepas itu buka Restoran Budi di Bandar Baru. Kini berniaga nasi sup dekat masjid Jamek Kerteh. Ini adalah sebahagian foto setelah diadakan ReUnion oleh geng-geng perempuan baru-baru ini.- Zaiton Hj Othman
Ragbi Pirate Team supporter di padang Kerteh. Kelihatan Arwah Aziz Che Cob, Azhar Kasmuni, Abu Zarim dan lain-lain memberi sokongan pada pasukkan ditahun 80an. - Yen Adnan
Hj. Kamsin, Hj. Jasmari, Ju dan lain-lain. - Zaiton Hj Othman
Pirate Team zaman MRC - Yen Adnan
Air bah besar di Kerteh tahun 1983/4. Nak pergi kerja pun tak dapat air melintas di Kampung Labuhan dan Air Hitam. Bas terkandas di Paka, roti canai 30 sen manjadi RM1.00. - Yen Adnan

Saturday, June 25, 2011

Tn Hj A Razak PP(M)SB


Osama ada kat PPMSB...masih hidup!!!!! Wajah terbaru A. Razak

Thursday, June 9, 2011

Keuntungan pracukai Petronas cecah RM67 bilion, naik 34.5 peratus

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Petronas melihat perolehan dan keuntungan yang
lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong
kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi
produk utamanya di celah-celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh
sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata
perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada
RM210.8 bilion.

Keuntungan pracukai meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion
daripada RM67.3 bilion sebelum ini, demikian menurut laporan Bernama
Online.

Syarikat minyak negara itu mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Harga yang lebih tinggi dan permintaan rancak menyebabkan prestasi
yang lebih tinggi bagi semua perniagaan teras, kata naib presiden
eksekutif kewangan Petronas Datuk George Ratilal.

“Prestasi Petronas sendiri juga selaras dengan pesaing kami,
menunjukkan satu tahun lagi prestasi berdaya tahan kumpulan,” katanya.

Beliau berkata perolehan kasar meningkat 12.9 peratus dengan
perniagaan hiliran menjadi penyumbang perolehan terbesar pada 42.4
peratus daripada jumlah perolehan kasar.

Tunai daripada operasi adalah RM70.8 bilion berbanding RM56.1 bilion
tahun lepas, satu peningkatan 26.2 peratus berikutan perolehan yang
lebih baik.

Sejumlah RM34.9 bilion pada perbelanjaan modal digunakan kebanyakannya
kepada merancakkan aktiviti eksplorasi dan pengeluaran dan meneruskan
usaha-usaha lain.

Dalaam pada itu, Petronas sedang mengkaji untuk menetapkan jumlah
dividen yang akan dibayar kepada kerajaan pada kadar 30 peratus
daripada keuntungan bersih mulai tahun kewangan 2013.

“Ini menjadikannya sesuatu yang agak pasti dan boleh dijangkakan,”
kata Naib Presiden eksekutif Kewangannya, Datuk George Ratilal.

“Petronas telah berbincang dengan kerajaan dan telah mencapai
persefahaman tentang perkara ini,” katanya kepada pemberita pada
pengumuman keputusan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac
lalu.

Syarikat minyak nasional itu mengisytiharkan pembayaran dividen
sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan bagi tahun berkenaan.

Petronas juga membayar dividen yang serupa kepada kerajaan bagi tahun
kewangan berakhir 31 Mac, 2010.

Monday, May 30, 2011

WALIMATULURUS - JEMPUTAN PERKAHWINAN



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Adalah dengan ini, anda semua dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saya yang akan berlangsung pada 11 Jun 2011.

Butir-butir majlis adalah seperti berikut:

Tarikh:
11 Jun 2011 (Sabtu)
Alamat:
No. 6, Lorong IM 5/10,
Indera Mahkota,25200, Kuantan Pahang


Masa :
12.00 – 4.00 Petang

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk lampiran yang telah dikepilkan bersama-sama emel ini. Semoga dengan kehadiran anda semua akan memeriahkan lagi majlis kami ini.

InsyaALLAH.

Monday, May 23, 2011

SENARAI KAKITANGAN YANG AKAN BERSARA 2011

1 50252
Abdullah Bin Mohd
Exec (Maintenance Training)
OPI
4/23/1954 - 4/23/2009

2 50382
Abd Galim Bin Omar Baki
Juruteknik (MT - Kej. Elektrik)
Maintenance
5/5/1954 - 5/5/2009

3 27344
Ramli Bin Ibrahim
Juruteknik (MT - Kej. Mekanikal)
Maintenance
6/4/1954 - 6/4/2009

4 12158
Che Wan Kamaruddin Bin Che Wan Dagang
Juruteknik (MT - Kej. Elektrik)
Maintenance
7/4/1954 - 7/4/2009

5 35278
Zakaria Bin Ismail
Juruteknik (MT - Kej. Mekanikal)
Maintenance
7/24/1954 - 7/24/2009

6 23176
Nasron Bin Yaacob
Exec (Administration & Public Relations)
HRM
11/25/1954 - 11/25/2009

SENARAI KAKITANGAN YANG AKAN BERSARA TAHUN 2010

1 50242
Abd Rahim Bin Saleh
Juruteknik II (SS-HSE)
OHSE
13-Mar-55 - 13-Mar-10

2 20521
Kulendran A/L Kulasingam
Senior Manager (Finance)
Finance
31-Mar-55 - 31-Mar-10

3 50247
Ahmad Shahroh Bin Bahari
Exec (Aromatic Maintenance Supervisor)
Maintenance
15-May-55 - 15-May-10

4 29548
Tan Say Kwee
Sambung kerja dua tahun di PPTSB
Senior Manager (Aromatics Production)
APD
18-Jul-55 - 18-Jul-10

5 110425
Iliah Bin Jusoh
Juruteknik (MT - Kej. Elektrik)
Maintenance
16-Aug-55 - 16-Aug-10

6 27367
Rusli Bin Mohd Nasir
Exec (Workshop Supervisor)
Maintenance
6-Nov-55 - 6-Nov-10

7 22943
Mohd Nordin Bin Seman
Exec (Fire & Emergency Response)
OHSE
30-Nov-55 - 30-Nov-10

SENARAI KAKITANGAN YANG AKAN BERSARA TAHUN 2011

1 12160
Che Othman Bin Che Chik
Technician II (SS - Project Engineering)
Technical Dept
24-Jul-56 - 24-Jul-11

2 35612
Zakaria Bin Mohd Ali
Exec (Prod. Supv - KR2A)
RPD
31-Aug-56 - 31-Aug-11

3 72323
Mohammad Bin Sulong
(Bersara pada umur 60 tahun)
Exec (Prod. Supv - Reformate)
APD
28-Oct-56 - 28-Oct-11

SENARAI KAKITANGAN YANG AKAN BERSARA TAHUN 2012

1 22947
Mukhtar Bin Mohd
Manager (Production Shift)
APD
11-Jan-57 - 11-Jan-12

2 50336
Ariffin Bin Omar
Juruteknik (SS-Kej.Mekanikal)
Maintenance
20-Jan-57 - 20-Jan-12

3 22880
Mukhtarizan Bin Abdul Hamid
Exec (Maintenance Trainer-Instrument)
OPI
18-Feb-57 - 18-Feb-12

4 28401
Shamsudin Bin Jusoh
Juruteknik (MT-Kej.Proses)-LO
APD
19-Feb-57 - 19-Feb-12

5 11183
Bahalan Bin Mohd
Juruteknik (MT - Kej. Mekanikal)
Maintenance
22-Feb-57 - 22-Feb-12

6 72243
Mohamad Bin Osman
Juruteknik (MT - Kej. Elektrik)
Maintenance
27-Mar-57 - 27-Mar-12

7 50240
Abdullah Bin Omar
Clerk I (Warehouse Management)
SCMD
16-Jun-57 - 16-Jun-12

8 11520
Bharudin Bin Mohd Ali
Senior Manager (Refinery Production)
RPD
27-Jun-57 - 29-Jun-12

9 28806
Supian Bin Goning
Exec (Learning)
HRMA
20-Sep-57 - 20-Sep-12

10 19548
Jamil Bin Hashim
General Manager (Plant)
GM (Plant)'s
3-Oct-57 - 3-Oct-12

SENARAI KAKITANGAN YANG AKAN BERSARA TAHUN 2013

1 10274
Alias Bin Che Muda
Technician IV (SS - HSE - Safety)
OHSE
1-Jan-58 - 1-Jan-13

2 72308
Mohd Rosdi Bin Mohd Nong
Kerani Am II (Organisational Improvement
OPI
5-Feb-58 - 5-Feb-13

3 24525
Omar Bin Ismail
Manager (Capability & Tech. Training)
OPI
15-Feb-58 - 15-Feb-13

4 72318
Md Sidek Bin Tawang
Manager (Production Shift)
APD
15-Feb-58 - 15-Feb-13

5 22305
Mohd Noor Bin Salleh
Kerani II (Pentadbiran)
HRMA
20-May-58 - 20-May-13

6 28195
Sulaiman Bin Muhamad
Kerani II (Pentadbiran)
HRMA
9-Jun-58 - 9-Jun-13

7 27383
Razali Bin Mat Zin
Kerani II (Pentadbiran)
HRMA
26-Jun-58 - 26-Jun-13

8 50397
Apandi Bin Salleh
Juruteknik (MT-Kej.Proses)-LO
RPD
7-Jul-58 - 7-Jul-13

9 50227
Abdul Satar Bin Abdullah
Juruteknik (MT-Kej.Proses)-LO
APD
9-Sep-58 - 9-Sep-13

10 72312
Mahmud Pauzi Bin Alias
Manager (Production Shift)
APD
12-Sep-58 - 12-Sep-13

11 72422
Mohd Sani Bin Ibrahim
Supervisor II (Stock Controller)
SCMD
24-Sep-58 - 24-Sep-13

12 27328
Ruslan Bin Mohammad
Exec (Prod. Supv - KR1)
RPD
17-Dec-58 - 17-Dec-13

Sunday, May 22, 2011

Kawan Anda

M Yassin dan Zamro di Sudan. Hai gi gembal unta kat sana ker.

Saturday, May 21, 2011

Suasana Kenduri Di Rumah Hussin b Mohd Kerteh 21/5/2011

A Karim Abd Rahman
Suasana
Ariffin bekas driver kren
Hussin b Mohd dah letih melayan tetamu sempat lagi melempar senyuman manis maklumlah dapat menantu yang sulong....TAHNIAH dari kami semua yang mengenali mu moga panjang umur dan jodoh sampai mati.
Pak Hasin bekas drebar PPSB dulu sedang baikki ketayap. Kini selepas pencen memandu teksi lapangan terbang Kerteh. Sapa-sapa nak ke mana-mana coleh call dia.
Amir b Saip (kini MTBE)...come on Amir dari Balok berjumpa kawan lama Zamro b Salleh (kini INSTEP)...apa disembang tak tahu mungkin minta petua kot.

Sunday, May 15, 2011

GRAF KENAIKKAN RON97

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.
Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Saturday, May 14, 2011

Government cannot guarantee petrol, diesel prices will remain stable: Ismail Sabri

BERA: Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the government cannot guarantee that the prices of petrol, diesel and gas would remain the same if global crude oil prices continue to rise.

Ismail said the government is expected to fork out RM17 billion in oil
subsidy following an increase in the price of crude oil in the global market.

"We cannot assure that the prices will remain the same, including RON 95
petrol, diesel and gas. The prices will be reviewed by a subsidy rationalization
committee every six months. Last year, the subsidy for oil was RM10.3 billion,"

he told reporters after opening the Bera Division's Pemuda, Wanita and Puteri
Umno meetings here today.

He said the price of petrol and diesel would be decided after the
committee's meeting in June.

"If the government continues to bear the additional subsidy, the
government's deficit will increase," he said. -- Bernama

RAPID PETRONAS

Malaysian Prime Minister Najib Razak, right, is accompanied by Petronas Chief Executive Shamsul Azhar as he officiates the launch of the new Petronas Primax 95 XTRA petrol, a new fuel inspired by Formula One technology in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, April 9, 2011. The new fuel is to replaced existing RON 95 fuel

Projek RM60.6b mampu hasilkan 300,000 tong minyak mentah sehari

KUALA LUMPUR: Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) PETRONAS bernilai RM60.6 bilion (AS$20 bilion) di Johor Selatan dijangka dapat menarik pelaburan langsung asing ke negara ini, selain memperkukuhkan pelaburan swasta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengumumkan projek dan pelaburan baru PETRONAS itu di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini, semalam berkata, projek yang akan beroperasi akhir 2016 itu kini pada peringkat kajian akhir keputusan pelaburan PETRONAS.

Katanya, projek RAPID adalah langkah berani PETRONAS kerana ia bukannya projek permulaan (EPP) yang ditetapkan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Projek RAPID dijangka mampu menghasilkan kapasiti pengeluaran sehingga 300,000 tong sehari penapisan minyak mentah untuk penghasilan produk petroleum seperti petrol, bahan bakar jet dan diesel bagi memenuhi keperluan pertumbuhan sektor petroleum selain untuk dieksport.

Projek itu juga membabitkan pembinaan kilang penapis minyak mentah, pemisah nafta yang akan menghasilkan kira-kira tiga juta tan etilena, propilena, C4 dan C5 olefin setahun dan sebuah kompleks polimer dan petrokimia yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia berkaitan.

Najib berkata, projek itu akan memperluaskan akses negara kepada teknologi bertaraf dunia serta memudahkan usaha meningkatkan kemampuan perindustrian negara kepada aktiviti nilai tambah tinggi.Tambahan pula, projek ini mewujudkan 4,000 peluang pekerjaan bagi pekerja berkemahiran tinggi dalam sektor minyak dan gas dan saya yakin projek RAPID akan menyediakan platform untuk generasi baru profesional teknikal membangunkan kemahiran dan kemampuan mereka,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di sini, malam tadi, Najib berkata, Malaysia menyokong penuh tindakan terbaru Arab Saudi dan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk mencapai keamanan, perdamaian dan kestabilan jangka panjang di Bahrain.

Najib yang kini berada di Arab Saudi, membuat pengumuman itu selepas menghadap Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud.

“Malaysia menyokong penuh semua keputusan berdaulat yang diambil oleh Arab Saudi dan negara-negara anggota GCC untuk memelihara kestabilan serta keselamatan wilayah ini dalam tempoh yang mencabar ini.

“Malaysia bersedia menghantar pasukan pengaman ke Bahrain jika diminta berbuat demikian oleh kepemimpinan Bahrain,” katanya.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Riyadh, Arab Saudi, pagi semalam dan dijadual berangkat ke Qatar hari ini untuk memulakan lawatan rasmi dua hari ke negara Teluk itu.

Najib berkata, Malaysia menyokong proses dialog nasional yang dilancarkan Putera Mahkota, Salman Hamad Al Khalifa untuk menangani aspirasi penduduk Bahrain dan meredakan ketegangan di negara berkenaan.

"Mengambil kira hakikat ini, Malaysia mengumumkan bersedia menghantar pasukan pengaman ke Bahrain jika diminta berbuat demikian oleh kepemimpinan Bahrain,” katanya.

Perdana Menteri berkata, pasukan tentera ini akan membantu misi sah tentera GCC yang melaksanakan peranan penting untuk memastikan kejayaan dialog nasional di Bahrain.

"Sekiranya dijemput, Malaysia akan menganggapnya sebagai satu penghormatan yang besar untuk menawarkan bantuan dalam usaha murni ini," katanya.
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Riyadh, Arab Saudi dari pangkalan Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) di Subang, pagi semalam. - Petikan dari BH Online 14/5/2011

Thursday, April 7, 2011

SABUNG NYAWA DI MOGADISHU

Buat tatapan Lt. Zanaruddin (Operations) dan Lt. Wan Nadzurin (Instrument) yang telah berkecimpung dalam Rej. 512 AW serta kakitangan PP(T)SB yang lain

Mohd. Halim Khalid (kanan) dan Muhammad Juraimy Aripin, dua anggota Bahagian Risik Angkatan Tentera Malaysia yang pernah berkhidmat di Somalia.

Jika menonton filem Black Hawk Down, kita pasti mendapat gambaran bagaimana tentera Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan pasukan tentera negara asing ketika bertempur dengan kumpulan militia di kawasan Pasar Bakara di Mogadishu, Somalia. Namun di sebalik filem itu, tercatat satu kisah benar yang membabitkan pengorbanan dan perjuangan anggota tentera Malaysia yang berlaku pada 3 Oktober 1993. Keberanian itu membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyelamatkan tentera AS daripada menjadi mangsa serangan para pengikut setia puak penentang Jeneral Farrah Aidid. Apa yang pasti, anggota ATM berada di barisan hadapan sekali ketika operasi menyelamat di dua lokasi berasingan yang terletak kira-kira tiga kilometer antara satu sama lain. Operasi menyelamat dan pertempuran sengit itu mengambil masa lebih tujuh jam bermula pada sebelah malam dan hanya awal pagi keesokan harinya semua anggota ATM berjaya membawa keluar puluhan tentera AS dengan selamat.Walaupun sebelum ini ATM dianggap tidak mempunyai pengalaman berperang di peringkat antarabangsa atau di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun peristiwa di Mogadishu itu mencatatkan kejayaan dan kehebatan sebenar tentera Malaysia pada mata dunia. Seorang anggota ATM yang turut terbabit dalam operasi itu, Leftenan Kolonel Mohd. Halim Khalid, 44, buat pertama kalinya mendedahkan kisah sebenar yang berlaku.Ketika itu Mohd. Halim berpangkat kapten dan bertugas sebagai Penolong Ketua Kompeni B, Batalion Malaysia di Somalia. “Saya bersama beberapa rakan ketika itu bertugas di bilik gerakan pada pukul 4 petang apabila menerima arahan untuk menggerakkan kompeni ke Pelabuhan Mogadishu yang dikawal oleh tentera pengaman dari Pakistan.

“Kami tidak diberitahu gambaran lebih terperinci operasi itu. Ekoran itu, satu Kompeni B bersama 16 kereta perisai APC Condor dengan kira-kira 100 anggota ATM telah bergerak ke pelabuhan berkenaan,” kata Mohd. Halim memulakan ceritanya.


Semasa berada di pelabuhan berkenaan Mohd. Halim dan rakan-rakan setugas sudah dapat mendengar bunyi tembakan yang datang dari sekitar kawasan Pasar Bakara selain melihat percikan api tembakan.



Ketika itu, Ketua Kompeni, Mejar Abdul Rashid Ahmad yang sebelum itu membuat tinjauan di sebuah lokasi di Mogadishu kemudian turut serta di pelabuhan berkenaan.

Kira-kira pukul 6 petang, satu lagi pasukan dari Kompeni A ATM bersama 16 kereta perisai APC Condor bersama sejumlah anggota diketuai Mejar Aziz Abdul Latif turut tiba di pelabuhan tersebut.


“Semasa di pelabuhan itu, dapat dilihat sebuah helikopter Black Hawk AS mendarat cemas dengan seorang daripada tiga anggotanya sudah terkulai kakinya akibat kecederaan parah.


“Daripada keadaan sekitar itu, saya dan rakan-rakan mula mengumpul maklumat berhubung keadaan yang berlaku namun situasi sebenar belum diketahui,” kata Mohd. Halim.


Menurutnya, kira-kira waktu senja barulah datang sepasukan konvoi 200 tentera AS bersama beberapa trak dan ini diikuti tentera Pakistan dengan empat buah kereta kebal jenis M48.


"Pada pukul 9.30 malam, sebuah helikopter AS mendarat bersama seorang anggota berpangkat kolonel. Dengan menggunakan lampu suluh dan peta, kolonel Casper terus memberi perintah operasi menyelamatkan sejumlah tentera AS di dua lokasi di Pasar Bakara iaitu kira-kira 10 kilometer dari pelabuhan tersebut.


Pasukan ATM hanya diberitahu mereka akan dipandu arah ke dua lokasi kejadian dari udara oleh helikopter AS.


“Sebelum bergerak kira-kira pukul 10.30 malam, enam hingga tujuh anggota ATM bagi setiap kereta perisai yang berjumlah 32 buah kesemuanya diminta pulang ke kem bagi memberi tempat duduk kepada tentera AS menaiki kereta perisai tersebut.

“Ramai kalangan anggota ATM yang merayu hendak turut serta tetapi disebabkan arahan dan tiada tempat dalam kereta perisai itu, mereka hampa.


“Disebabkan itu juga, hanya tiga hingga empat anggota ATM sahaja berada dalam setiap kereta perisai bersama enam hingga tujuh anggota AS,” kata Mohd. Halim.


Pergerakan konvoi menyelamat itu didahului dua kereta kebal tentera Pakistan, diikuti Kompeni B ATM dengan 16 buah APC Condor dan bahagian belakang disertai oleh Kompeni A tentera AS bersama trak-trak. Konvoi pertama itu pula diikuti konvoi kedua yang didahului Kompeni A ATM bersama 16 buah APC Condor dan ini diikuti pula tentera AS bersama trak-trak di belakangnya.


Bagaimanapun, dua kereta kebal Pakistan itu hanya mengiringi konvoi-konvoi itu hingga ke satu check point sahaja, iaitu di luar killing zone. Difahamkan kereta-kereta kebal itu tidak memasuki ‘killing zone’ atas alasan tidak mempunyai kelengkapan night vision.

Walaupun serba kekurangan dan hanya menggunakan kereta perisai APC Condor yang kurang ketahanannya berbanding kereta kebal, namun anggota ATM meneruskan juga operasi menyelamat tersebut.

Kereta perisai ATM menggunakan mesingan 7.62mm berbanding kereta kebal tersebut yang mempunyai persenjataan lebih besar iaitu 12.7mm.


“Saya berada dalam salah sebuah kereta perisai Kompeni B ATM - konvoi pertama dan kami kemudian meneruskan gerakan memasuki killing zone.


"Sebaik sahaja hendak memasuki killing zone, kami digempur bertubi-tubi di kiri dan kanan jalan raya termasuk daripada senjata mesingan, mortar dan sebagainya. Kami digempur termasuk dari sebuah bangunan, Hotel Olimpic.Menurut Mohd. Halim, mereka digempur dengan hebat kira-kira tiga jam.



“Dalam keadaan gelap-gelita itu, kami turut membalas tembakan,” katanya.“Walaupun tidak pernah bertempur, tetapi saya tak tahu bagaimana tiba-tiba semangat sanggup berjuang terpahat pada diri setiap anggota.


“Begitu juga dengan anggota-anggota yang begitu berani mengendalikan mesingan di bahagian belakang APC Condor kerana sanggup keluar mempamerkan diri mereka kepada pihak militia,” katanya.


Menurut Mohd. Halim dari persimpangan berhampiran Hotel Olimpic itu pasukannya terpaksa bergerak kira-kira satu kilometer sebelum dapat tiba ke sebuah lokasi di mana sekumpulan tentera AS sedang berlindung setelah terperangkap sejak siang hari.

“Apabila tiba di lokasi kedudukan tentera AS, kita dapat tahu 18 tentera AS telah terbunuh manakala 73 yang lain cedera.


“Mereka yang cedera dan mayat-mayat itu dibawa menaiki APC Condor ATM. Hanya kira-kira pukul 7 pagi barulah kami dapat bergerak pulang ke pangkalan,” katanya.Sementara itu, tanpa Mohd. Halim sedar, daripada 16 kereta perisai dalam kompeninya itu, dua kereta perisai berada paling belakang sekali telah tersasar ke laluan sebelah kiri ketika berada di persimpangan berhampiran Hotel Olimpic.

Persimpangan ke sebelah kiri itu menuju ke lokasi kedua bagi menyelamat di mana terdapat sekumpulan tentera AS yang terperangkap

Seorang anggota ATM yang turut melalui pengalaman bertempur semasa di kawasan Pasar Bakara, Mejar Muhammad Juraimy Aripin memberitahu, pasukannya ditugaskan ke lokasi kedua bagi menyelamat sekumpulan tentera AS.


Beliau yang ketika itu berpangkat leftenan muda dan tidak sampai setahun menyertai ATM berkata, beliau dan rakan-rakan telah diarah oleh Mejar Aziz Abdul Latif ke lokasi tersebut.


“Kami diserang bertubi-tubi. Seperti kereta perisai dari Kompeni B, kereta perisai kami juga hanya dinaiki oleh tiga hingga empat anggota ATM manakala tentera AS yang sebelum itu ada bersama telah turun disebabkan prosedur menetapkan apabila diserang mereka perlu mencari perlindungan di kawasan selamat,” katanya.


Sebelum itu, kata Juraimy pada masa operasi menyelamat tersebut, hanya tiga daripada empat sahaja kereta perisai yang ada dapat bergerak ke hadapan.


Ini disebabkan salah sebuah kereta perisai berkenaan telah digempur menyebabkan pemandunya tidak dapat melihat apabila alat smoke launcher ditembak musuh dan asap alat itu telah terkena pada mata pemandu kereta perisai.“Walaupun hanya tiga kereta perisai tetapi kami tetap bergerak ke hadapan untuk operasi menyelamat seperti diarahkan,” katanya.

Apabila tiba di lokasi kedudukan tentera AS yang dikepung, beberapa tentera AS terus berlari mendapatkan dan berlindung dalam kereta perisai ATM berkenaan.

“Saya tak tahu berapa ramai tentera AS menaiki kereta perisai kami tetapi keadaan ketika itu macam sardin. Mereka (tentera AS) didapati lesu dan keletihan. Yang pasti, jumlah anggota tentera AS dalam setiap kereta perisai itu melebih 10 orang.



“Sebaik sahaja hendak berpatah balik, kami sekali lagi diarah bergerak ke depan semula setelah mendapat maklumat terdapat dua kereta perisai dari Kompeni B ATM yang tersasar dari laluan asal dan kini berada di hadapan sekali serta telah digempur dengan hebat.


“Memang ketika itu tiada apa yang dapat difikirkan. Demi rakan dan setia kawan dalam ATM, perasaan takut ketika itu sudah hilang. Yang ada cuma semangat untuk terus bertempur dan berjuang bermati-matian di samping dapat menyelamatkan rakan-rakan setugas.


“Begitu juga rakan dalam setiap kereta perisai lain yang sanggup keluar sebahagian badan mereka semata-mata untuk mengendalikan mesingan yang berada di bahagian belakang APC Condor,” katanya.


Operasi oleh konvoi Kompeni A itu telah berjaya menyelamatkan anggota ATM termasuk Prebet Rizal Ismail yang berada dalam konvoi di bahagian hadapan sekali.Namun, seorang rakan setugas, Koperal Mat Aznan Awang telah terkorban setelah kereta perisai dinaiki dan berada di bahagian hadapan telah ditembak dengan senjata antikereta kebal.

Allahyarham Koperal Mat Aznan sebelum berangkat ke Somalia

Kata Juraimy, mereka akhirnya dapat keluar dari killing zone itu kira-kira pukul 6 pagi. Bagi Mohd. Halim dan Juraimy, pengalaman bertempur dan menyelamatkan tentera AS yang terperangkap di dua lokasi di Pasar Bakara merupakan satu pengalaman yang sukar dicari ganti.



Kedua-dua anggota ini yang dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1994 menganggap pengorbanan ATM di Somalia amat besar dan tidak ternilai.


Kisah benar keberanian anggota ATM di Somalia ini merupakan catatan sejarah yang tidak boleh dinafikan walaupun tiada filem seumpamanya dapat memberi gambaran seperti yang dihasilkan melalui filem Black Hawk Down.Bagi anggota-anggota ATM ini, sejarah tetap sejarah walaupun mereka ini tidak disanjungi melalui layar perak.


Dipetik dari catitan email Naim Qlate.

Friday, April 1, 2011

TED SPARROW

Ted Sparrow ex Technical Manager PPSB - News paper......ihsan from Harun Pin facebook

Friday, March 25, 2011

APA ANDA TAHU PEMBEDAHAN CEASAREAN

Seorang rakan wanita anak yang pertama melakukan pembedahan caeserean, walaupun peringkat awal ia juga dapat merasakan bagaimana kesakitan, namun kerana fakta usia dan akhirnya bersetuju melakukannya. Namun satu kajian terbaru menunjukan kadar kematian di
sebabkan pembedahan secara caesereans menunjukan kadar kematian adalah tiga kali daripada wanita yang melahirkan anak secara biasa. Ini meliputi pembedahan yang dilakukan secara elektif dan emergency. Ini bukan kerana yang berpenyakit sedia ada tetapi tapi kebanyakan
jangkitan kuman, darah beku dan komplikasi yang disebabkan oleh nesthesia. Walaupun di Malaysia adalah rendah tapi adalah membimbangkan.
Berkongsi pengalaman seorang rakan yang sama untuk melahirkan anak Yang kedua kebetulan due date tidak jauh dengan tarikh anak pertama, jadi beliau telah buat appointment dengan doctor agar melakukan pembedahan pada tarikh yang sama dengan anak yang pertama. Akan
tetapi sebelum tarikh tiba beliau telah ada tanda-tanda untuk melahirkan namun tiada kesakitan yang dirasakan. Sehari dimasukan ke hospital yang mana menurut pemeriksaan doctor yang mana bayi didapati telah pun membuang nijis di dalam. Pembedahan dilakukan dengan segera untuk mengelak jangkitan kuman.
Apa yang dapat kita perhatikan adakah kelahiran caserean secara elektif adalah suatu alternatif yang selamat menggantikan kelahiran biasa vaginal delivery?. Peningkatan secara begini semakin meningkat berikutan penumbuhan banyak pusat perubatan swasta. Ini juga bukan
berarti melakukan pembedahan ini adalah bukan sekadar untuk menyelamatkan ibu dan anak, tetapi kerana kebimbangan ibu tidak dapat menahan sakit ketika melahirkan juga bimbang akan mendapat masalah pelvic yang rumit dikemudian hari. Seperti pelvic organ rolapse. Malah ada juga yang membuat pilihan kerana mahu tarikh kelahiran anak yang cantik dan pelbagai lagi alasan yang tidak munasabah.
Terdapat banyak kesan hasil dari pembedahan ini. Bagi wanita yang bercadang untuk melakukan pembedahan caserean secara elektif haruslah mengetahui risiko prosedur dan juga risiko pada bayi setelah lahirkan nanti. Risikonya adalah tinggi berbanding dengan kelahiran
bayi secara biasa (apa risikontanya?). Tapi dalam kes-kes kehamilan yang bermasalah pembedahan ini mungkin dapat menyelamatkan bayi. Jadi berhati-hatilah walaupun di-Malaysia kadar kematian dan komplikasi ibu dan bayi yang rendah. Boleh percayakah risikonya sedangkan ramai yang okay.

Thursday, March 10, 2011

KOLESTROL-Punca Lelaki Panjang Umur

Illustrasi salur darah

Penelitian menunjukkan, kualiti kesehatan seorang lelaki dapat ditentukan pula oleh kadar kolesterol dalam darahnya. Mereka yang mampu menjaga kestabilan kadar kolesterol baik atau HDL-nya, relatif memiliki umur yang panjang.

Menurut kajian para peneliti di Boston yang dipublikasikan American Journal of Cardiology, lelaki yang mampu mencapai usia 85 tahun cenderung memiliki tingkat kolesterol HDL yang tinggi saat berusia 60-an. Lelaki yang kadar HDL-nya paling tinggi risikonya kurang dari 28 persen meninggal di usia 85, dibandingkan lelaki dengan kadar HDL-nya paling rendah.

Dr. Nir Barzilai dari Institute for Aging Research pada Albert Einstein College of Medicine di New York, AS, berpendapat hasil penelitian ini menambah bukti bahwa kolesterol memegang peranan penting dalam menentukan kualiti kesehatan seseorang.

"Kita harus selalu mengingat bahwa ini adalah suatu hubungan, dan bukan berarti memiliki HDL yang tinggi dapat meningkatkan harapan hidup," ujar Barzilai.

Menurut American Heart Association, sekitar 12 juta orang di Negeri Paman Sam mengidap sakit jantung dan strok berdasarkan pada tahun 2006. Tetapi risiko gangguan jantung sebenarnya dapat diturunkan dengan cara menjaga level kolesterol HDL tetap tinggi. Kadar HDL yang rendah, kurang dari 40 miligram per desiliter (mg/dL) dalam darah, selama ini juga dikenal dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.

Penurunan risiko


Ilmuwan dari Massachusetts Veterans Epidemiology and Research Information Center di Boston, AS, melakukan kajian terhadap rekam medik 650 veteran ketika mereka berusia sekitar 65 tahun. Kemudian, veteran ini dikelompokan berdasarkan level HDL mereka.

Dimulai dari kadar terendah yakni 40 mg/dL, peneliti menemukan bahwa setiap 10 mg/dL peningkatan HDL, seorang lelaki mengalami penurunan risiko 14 persen meninggal di usia 85. Secara keseluruhan, ada 375 veteran yang bertahan hingga melewati usia tersebut.

Selain itu, tercatat sedikit lelaki yang kadar HDL-nya tinggi yang mengalami kegemukan dan di antara mereka cenderung minum alkohol tidak melebihi dua gelas sehari. Di antara mereka juga lebih sedikit mengalami gangguan jantung dan merokok, dibandingkan pada kelompok yang HDL rendah.

Menurut Barzilai, faktor-faktor tersebut juga mungkin memberikan pengaruh terhadap daya tahan para lelaki. Walau begitu, para peneliti tidak memperhitungkan faktor-faktor itu , dan dan hasil kajian menunjukkan hubungan kuat antara pencapaian usia 85 dengan tingginya kadar HDL.

Barzilai menambahkan, untuk mengubah kadar HDL dalam tubuh tidaklah mudah. Olahraga mungkin dapat membantu, tetapi saat ini belum ada cara paling efisien untuk memperbaiki kadar HDL. "Pada akhir kita mungkin perlu obat-obatan," ujarnya.

Menurut Mayo Clinic, asupan suplemen salah satu jenis vitamin B yakni niacin mungkin dapat membantu mendongkrak level HDL antara 15 hingga 35 persen. Tetapi, ada risiko efek sempingnya yakni kerusakan pada liver dan naiknya gula darah. Tetapi ada pula sumber niacin alami yakni produk berbahan susu, daging tanpa lemak, kacang-kacangan, telur dan ikan.

Saturday, February 26, 2011

Alert : NEW EPF RULES

If ONE (1) of your Nominees in the EPF Nominees list dies, automatically the whole arrangement (EPF Nominees list) is VOID ..
Meaning if, you only put in One (1) name & unfortunately he/she dies before you - automatically EPF will channel your EPF money to trustee of AMANAH RAYA upon your death.

Even though if you have few names in the EPF Nominees list, - the whole arrangement is VOID & none of the individual names left in the EPF Nominees list will get their portion & automatically EPF will channel your EPF money to trustee of AMANAH RAYA upon your death.

Piece of advice - if any of the your Nominees in the EPF Nominees list dies, please do immediately approach the nearest EPF counter & present the Death Certificate of the individual & register your NEW / LATEST Nominee in the EPF Nominees list + NEW / LATEST percentage .

If, you & the other party (maybe spouse) involved in the same misfortune (accident / illness) that caused death to both yourself / spouse please, please, please alert your siblings / relatives / parents to immediately approach the nearest EPF counter & share the information within 3 days to AVOID all EPF money to be surrendered to trustee of AMANAH RAYA .

Upon surrender to trustee of AMANAH RAYA, your children will have to battle the money thru 3 channels;

Majlis Agama

Pejabat Tanah

Mahkamah

The normal period via above 3 channels usually takes 2-3 years (except if you have inside/tip top connection) at Amanah Raya.

CHOOI & CO
Advocates & Solicitors
Level 23 Menara Dion
No. 27 Jln Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur , Malaysia
GEN Tel: +60-(0)3-2055 3888
GEN Fax: +60-(0)3-2055 3880/1

Wednesday, February 9, 2011

Fire breaks out at petroleum site near Houston

Posted: Feb 09, 2011 2:29 AM
Updated: Feb 09, 2011 3:17 AM

MONT BELVIEU, Texas (AP) -- Fire has broken out at a petroleum plant east of Houston.

A Mont Belvieu police dispatcher said there were no reports of injuries or evacuations after the fire erupted Tuesday afternoon an Enterprise Products site.

Firefighters were responding to the scene about 30 miles east of Houston. A nearby school district, Barbers Hill, is keeping children inside the schools.

Flames were shooting about 100 feet into the air and black smoke could be seen from downtown Houston.

An Enterprise Products spokesman didn't immediately return a phone call seeking comment.
Source FOX41.com

Sunday, February 6, 2011

DULU & KINI

Terima kasih kepada Puan Zainin dan Puan Ruslina kerana membenarkan saya menggunakan foto mereka. Semuga sumbangan anda ini menceriakan blog ini.
Dari kiri; Nordin Seman (baru pencen), Will Monteny, Zaiton Hj Othman, Zaharah Singah, Zakaria M Ali (baru pencen), ?, Zainin Muda, Ruslina M L azim dan W Rohatini berlatar belakang analog system di Control Room. Bila tengok foto, flashback nostalgia lama...sayu rasanya.
Zaiton Hj Othman, Zaharah Singah, Zaini Muda, Ruslina M Lazim, W Rohatini.
1984 Zaiton, Zaini, Siti Zahariah, W Rohatini dan Ruslina di rumah fasa 2.
Zaini Muda bersama keluarga.
Ruslina bersama keluarga