Wednesday, November 17, 2010

JEMPUTAN MAJLIS REUNION VETERAN PPTSB

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian,

Bersempena Aidil-adha pada 17hb Nov. 2010, saya (Hj. Mohd. Khalil Ishak) berserta sahabat lain saperti Hj. Kamsin Roman, Hj. Jasmari Ahmad, Hj. A. Zulkiflee Ahmad, Zulkafli Abd. Razak, Omar Ismail, Mat Anah Endut DAN Encik Ahmad Adzha Kasmuni ingin menjemput tuan-tuan suami-isteri ke majlis perjumpaan (reunion) saperti berikut :-

Tarikh : 26 Dec. 2010 (Ahad)
Tempat : Kelab Desa Rantau Petronas (KDRP), Kemasik
Masa : 10.00 pagi – 3 petang
Sumbangan RM 100.00.


Digunakan untuk jamuan makan dan pembelian cenderahati kenangan)
Cash Deposit CIMB : 1306-0008523-52-3. Sila maklumkan melalui sms dan email.
Penginapan: Check-in pada 25/12 & Check-out pada 26/12. (Urusan tempahan hotel diusahakan sendiri)

Objektif

1.Mengeratkan silaturahim dan bertanya khabar sesama kita setelah sekian lama (lebih 15 – 20 tahun) tak bertemu
2.Mengimbau kembali kenangan lama ketika bersama dahulu disamping dapat bermaaf-maafan sementara hayat dikandung badan
3.Mengingati sahabat kita yang telah menyahut panggilan Illahi (meninggal dunia) saperti Allahyarham Ali Bin Jantan, Allahyarham Haji Hassan Bin Mohd. Amin, Allahyarham Abd. Aziz Bin Che Cob (A2C2), Allahyarham Wan Sembak (Crane Operator) dan yang lain-lain.
4.Memberi ruang bersedekah kepada veteran yang berkemampuan untuk membantu mereka yang memerlukan pertolongan

Harapan

Ini adalah usaha ke-2 kami setelah usaha ke-1 untuk menemukan veteran PPTSB di kediaman Uncle Sani Dungun TIDAK mendapat sambutan. Jika usaha kali ini tidak mendapat sambutan, maka ianya mungkin usaha kali terakhir kami.

Justeru itu, saya berserta sahabat lain menaruh harapan tinggi agar usaha murni ini mendapat tindak-balas / respon positif dari semua veteran.

Sekiranya, ada nama sahabat / veteran yang tertinggal dalam senarai diatas atau kepada mereka yang tiada alamat email atau kesilapan pada alamat email diatas MOHON dimaklumkan kepada saya. Juga tolong panjangkan jemputan terus kepada mereka.

Memberi Tindak-Balas

Bagi mengatur urusan tempahan tempat makan-minum, bahan kenangan saperti barangan dan gambar lama, menyediakan door-gift dan sebagainya kami berharap agar semua veteran dapat memberi jawapan dengan kadar segera dengan :-

Membalas email ini melalui mkhaliis@yahoo.com atau khaliis@tm.net.my atau mkhaliis@khalilsafety.com

· SMS ke handphone 013-9830182

· Facebook : Khalil Ishak

Jemputan kemajlis perkahwinan anakanda Hj. Mohd. Khalil Ishak & Hjh. Saadiah Rahman
Mengambil kesempatan perjumpaan diatas, saya ingin menjemput semua sahabat ke majlis perkahwinan anakanda kami :-

1.MOHAMAD FADZLY BIN MOHAMAD KHALIL & AZURIA BINTI AHMAD JONAS

2.NUR AMALINA BINTI MOHAMAD KHALIL & MUHAMMAD IZWAN BIN IBRAHIM

Pada 25hb Disember 2010 (Sabtu), bertempat di No. 2, Lot 772, Kampung Baru, Kerteh. Lakaran pelan adalah disertakan.

Aturcara majlis bermula 12.00 tengahari hingga 5.00 petang.

“Beras Kunyit Kami Taburi, Air Mawar direnjis Wangi, Undangan Kami Setulus Hati,

Harap Sudi Datang Merai ke Majlis Kami, Terima Kasih Dari Kami Dan Raja Sehari”

Dari :

Hj. Mohamad Khalil Ishak Seisi Keluarga

(013-983 0182)

Email : mkhaliis@yahoo.com atau khaliis@tm.net.my

Setakat 18/11/2010 respond spt dibawah;-
Hingga ke hari ini, balasan diterima saperti berikut :-

AKAN HADIR - Khalil, Kamsin, Harun Pin, Maimunah Muda, Raja Azam, Nasharudin Nusi, Jaafar Ahmad, Azmi Baki, Deva Dass,
TAK DAPAT HADIR - Ahmad Nazari- Overseas, Zulkifli A. Rahman (Lab)- Umrah, Nordin Seman - Urusan Kerja, Kamal Bahrin - Urusan Kerja, Zakaria M. Ali - Urusan Kerja, Azmi Kasim - Urusan Kerja.

Saya yakin ramai lagi yang akan respon selepas Raya Qurban ni, Insyallah. Tolong tengok-tengokkan kalau ada nama yang tertinggal saperti Md. Noor Tempe dan lain-lain lagi.

Saya cadangkan kita bermesyuarat selepas waktu kerja pada 24/11 (Rabu), jam 6.00ptg di Mesra Mall. Minta tolong kamu jemput kawan-kawan lain saperti Omar Ismail, Zul Kecik, Jaafar Ahmad dan yang lain-lain sebab saya berada di Kemboja dari 19-23/11 atas urusan Qurban disana.

Wassalam.
Hj. Khalil