Monday, October 26, 2009

LOADING PROCEDURE DULU-DULU

A part of Loading Procedure wrote by Ken Spratte on 28th August 1983
A part of LoadingProcedure to Tanker wrote by Muhammad Jusoh OMS Superintendant.

Saturday, October 17, 2009

MASIHKAH KAU INGAT PADANYA

Rakan seperjuangan dulu baru ditemui dan dapat dihubungi melalui ruslangiat@yahoo.com
Email beliau telah difawardkan kepada saya oleh Tuan Hj A Rahman (man coroy). Dibawah ini disertakan coretannya dari emailnya setelah meniggalkan PPSB dulu. Beliau mengharungi banyak liku-liku kehidupan.....
Assalamualaikum.Tkasih antar email. lama tak balas sbb pakai email official ruslan@giatmara.edu.my.Email ni sesekali saja buka.Aku macamnilah. Kerja dgn GIATMARA sebagai pengurus dah lebih kurang 6 tahun. Kerjanya taklah mencabar spt dalam petronas. Sini banyak relaks, gomen katakan. Kerja tu masa banyak, banyak lah. Masa x de, kena cari kerja. Lepas keluar EMSB dulu aku kerja dgn Indah Water selama 1 tahun, tapi tak ngam dgn bos. Jawatan eksekutif, tapi kadang-kadang kena jadi dreba, kena buat kerja yg x sepatutnya. Lebih menyedihkan, bila isteri bersalin dia x bagi cuti. Apa lg aku angkat kaki la. Buat business kecil-kecilan. Tapi bila pengalaman x cukup, penyangak pun ramai keliling nak membelit kita. Terkena jugak berpuluh ribu. Alhamdulillah, bertahan 6 tahun, dapat tunaikan haji bersama isteri, nenek dan dua orang mak sedara pd tahun 1999. Tahun 2002 aku dpt offer kerja dengan Alstom, syarikat UK yg buat projek power station di Manjung. Gajipun okey, jadi, tinggalkanlah dunia perniagaan sbb isteri x mampu nak menguruskannya. Tahun 2003, Julai, kontrak tamat, kerja dgn supplier company jual safety equipment. Tahun 2004, Jun dpt kerja dgn Giat sampai sekarang. Rasa juga asam garam kehidupan. Aktif jugak dlm politik, sempat berkempen pd tahun 1999. Kerja dgn Giat, tekanan politik kuat, aku rasa mungkin x lama lg terpaksa cau ke tempat lain.U all lah kat petronas, tentunya semuanya baik-baik kan? Seronok buka blog ppsb82pioneer. Teringat banyak kenangan, walaupun nama aku x tersenaraipun dalam kumpulan pioneer tu. Mungkin x senghaja.InsyaAllah, ada rezeki dan kelapangan aku nak ronda Terengganu seminggu, nak mintak kau orang semua belanja nasi dagang, the best nasi nasi dagang in the word, only in Terengganu.Bye, see u all, wasalam.

Tuesday, October 13, 2009

ONCE UPON A TIME IN KERTEH

Perumahan Rantau Bukit, Rantau Petronas.
Pejabat asal projek Rantau Petronas pernah menjadi Pusat Petronita, pusat kegiatan ABIM dan akhir sekali Markas Askar Wataniah 512 BN3.
Perumahan Rantau Paya, Rantau Petronas peniggalan ESSO
Jejantas baru di Rantau Petronas menghubungkan Sekolah Rantau Petronas dan Rantau Paya boleh dilalui kenderaan motosikal.
Mesra Mall
Mesra Mall
Stesyen minyak Petronas berhampiran Mesra Mall.
Mesra Mall - Terdapat Pasaraya, Food Court, Cineplex, Futsal, Bowling etc.
Mesra Mall
Jejantas Rantau Petronas antara Rantau Laut dan Rantau Bukit
Stesyen Minyak Petronas Kerteh 2.
Pagar Fasa 1 dan 2 hampir siap dalam pembinaan JUL 2010
1982-Di sepanjang jalan inilah Pasar Malam diadakan setiap malam rabu. Selepas itu berpindah ke Bandar Baru Kerteh dan kini di Padang berhampiran Taman Wan Adnan (Rumah murah).

Children Play Ground at Kerteh River Mouth
Kerteh River. The other side is Bakau Resort and PLKN.
Kerteh River Mouth
Kerteh Beach
Kapal korek mendalam muara sungai Kerteh.
1985- Kerteh Fisherman Village
Bandar Baru Kerteh under construction 1983
Bandar Baru Kerteh. Semasa datang ke Kerteh tahun 1982 dahulu, kerja-kerja merata tanah sedang dijalankan. Bangunan di Bandar Baru Kerteh. Pernah menjadi asrama pelajar sekolah sains.
Fasa 3 Lorong 2....sapa pernah tinggal disini? Semasa tinggal di Fasa 1 kawasan ini penuh dengan semak samun. Perumahan ini siap setelah 4 tahun tinggal di Fasa 1 dan berpindah kesini bagi mereka yang berkahwin dan yang bujang ke Dorm 230-234 termasuk kakitangan PETRONAS Gas. Fasa 3 Dorm 232
Kini Dorm telah diperbaikki dan dijadikan KYH-Kerteh Youth Hostel untuk pekerja-pekerja yang dalam latihan di logi-logi sekitar Kerteh.
Fasa 3. Dewan badminton yang pernah menjadi tempat bersukan. Umor gila selalu main badminton kat sini. Kini terbiar dan bersepah, bocor rosak keadaan didalamnya.
Fasa 3 tempat anak-anak kita bermain juga terbiar tiada penyelengaraan kerana bukan lagi dibawah tanggungjawab PETRONAS.
Fasa 3 Tennis Court tidak terlepas terbiar begitu saja.
Fasa 2. Tadika PETRONAS masih beroperasi. Anak-anak kita pernah belajar disini dahulu.
Masjid LLama Kg. Baru Kerteh setelah diubahsuai, kini dijadikan surau setelah Majid Tengku Mizan siap dibina.
Pejabat PETRONAS yang asal berhadapan masjid lama Kampung Baru, Kerteh
Fasa 1, pusat latihan carigali. Disinilah setiap bulan wayang gambar akan diadakan didatang khas dari Kuala Lumpur untuk menghiburkan pekerja-perkerja yang tinggal di Fasa 1 dan 2.

Fasa 1. Pejabat Petronas Carigali.
Fasa 2. Hostel tempat tinggal pekerja PETRONAS Carigali kini terbiar usang.
Fasa 2. Rumah kediaman pekerja PETRONAS Carigali. Kini hanya beberapa buah saja didiami yang lain semenjak PTB Land mengambil alih kalau tak silap banyak rumah di Fasa 1 dan 2 telah musnah.
Fasa 2.
Fasa 2
Fasa 2. Menyedihkan Bungalow kemegahan tempat tinggal para pengurus sedikit masa dahulu, kini sepi......hancur
Fasa 2 Bungalow bekas kediaman eksekutif/pengurus keatas.
Terbiar usang tempat melapur diri pada 19/10/1982 kantin di fasa 1 lepas itu dijdikan surau dan tempat bermain ping pong.......
Lorong 3 didiami oleh perintis PPSB kakitangan wanita dan carigali. Ini foto bungalow D1.
A1-A10 dan B1-B10 didiami oleh eksekutif perintis PPSB. Ini B3 Lorong 2 Fasa 1.
C1-C10 Lorong 2 Fasa 1 Didiami oleh PPSB perintis operator OMS, Proses, Warehouse dan kakitangan pejabat, makmal dan penyelengaraan suatu ketika dulu kira-kira 27tahun lalu menjadi kebangaan kini terbiar usang. Foto terbaru C4.