Email beliau telah difawardkan kepada saya oleh Tuan Hj A Rahman (man coroy). Dibawah ini disertakan coretannya dari emailnya setelah meniggalkan PPSB dulu. Beliau mengharungi banyak liku-liku kehidupan.....
Assalamualaikum.Tkasih antar email. lama tak balas sbb pakai email official ruslan@giatmara.edu.my.Email ni sesekali saja buka.Aku macamnilah. Kerja dgn GIATMARA sebagai pengurus dah lebih kurang 6 tahun. Kerjanya taklah mencabar spt dalam petronas. Sini banyak relaks, gomen katakan. Kerja tu masa banyak, banyak lah. Masa x de, kena cari kerja. Lepas keluar EMSB dulu aku kerja dgn Indah Water selama 1 tahun, tapi tak ngam dgn bos. Jawatan eksekutif, tapi kadang-kadang kena jadi dreba, kena buat kerja yg x sepatutnya. Lebih menyedihkan, bila isteri bersalin dia x bagi cuti. Apa lg aku angkat kaki la. Buat business kecil-kecilan. Tapi bila pengalaman x cukup, penyangak pun ramai keliling nak membelit kita. Terkena jugak berpuluh ribu. Alhamdulillah, bertahan 6 tahun, dapat tunaikan haji bersama isteri, nenek dan dua orang mak sedara pd tahun 1999. Tahun 2002 aku dpt offer kerja dengan Alstom, syarikat UK yg buat projek power station di Manjung. Gajipun okey, jadi, tinggalkanlah dunia perniagaan sbb isteri x mampu nak menguruskannya. Tahun 2003, Julai, kontrak tamat, kerja dgn supplier company jual safety equipment. Tahun 2004, Jun dpt kerja dgn Giat sampai sekarang. Rasa juga asam garam kehidupan. Aktif jugak dlm politik, sempat berkempen pd tahun 1999. Kerja dgn Giat, tekanan politik kuat, aku rasa mungkin x lama lg terpaksa cau ke tempat lain.U all lah kat petronas, tentunya semuanya baik-baik kan? Seronok buka blog ppsb82pioneer. Teringat banyak kenangan, walaupun nama aku x tersenaraipun dalam kumpulan pioneer tu. Mungkin x senghaja.InsyaAllah, ada rezeki dan kelapangan aku nak ronda Terengganu seminggu, nak mintak kau orang semua belanja nasi dagang, the best nasi nasi dagang in the word, only in Terengganu.Bye, see u all, wasalam.