Thursday, February 28, 2008

Mengapa PPSB82PIONEER blogsopt

Assalamualikum wr wb
Tuan2 - Puan2 yang dimulaikan, semoga dirahmati Allah swt.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, saya ada memohon pendapat dan pandangan pekerja Petronas PPSB '82 yang masih berkhidmat atau yang telah berada diluar Petronas tentang idea untuk mengadakan satu blog guna untuk mempertemukan kembali di alam maya (mungkin selepas ini boleh ada reunion selepas ramai dijumpai) dengan kemajuan IT, mempereratkan semula silatuurahim, bertanya khabar, mengetahui maklumat terkini dan apa2 program hatta untuk membuat hebahan atau jemputan sekali pun, blog ini boleh dimanafaatkan bersama.

Blog adalah semacam 'notice board' dimana kita boleh membaca apa2 yang ditulis didalamnya dan kita juga boleh menulis setelah mendapat laluan dari moderator (nanti saya akan e-mail mengenai cara2 menulis di blog ini).

Moga2 dengan adanya blog ini yang jauh dapat dipereratkan, dijejak, dihubungi, ditanya khabar tidaklah macam sekarang kita tertanya2 dimana rakan2 kita yang seangkatan mula berkhidmat dengan PPSB semasa 1982 dahulu berada. Meninggal ke dia, sakit ke dia, perlu diziarahi ke dia, dalam kesusahan ke dia, apa khabar mereka semua. Perlu diingatkan maklumat2 yang sulit tidak perlulah dimasukkan dalam blog ini kerana ianya dapat di acess diseluruh dunia. Jika sambutan menggalakkan saya boleh wujudkan blog maya yaitu semua alamat e-mail diletakkan dalam satu group, apabila seorang menulis, semua ahli dalam group akan mendapat e mail tersebut.

Moga2 usaha murni ini dapat perkenan Tuan2 - Puan2 dan rajin2 lah menulis untuk manafaat bersama.

Wassalam
Hj A Rahman b Hj Jusoh
Petronas Penapisan (Trg) Sdn Bhd
rahmaju@petronas.com.my
rahmaju@gmail.com
019 915 0007